Quesadilla

Ramai yang kata Popia bila tengok gambar nie, haha, yang sebenarnya bukan Popia walaupun nampak macam Popia, menu nie nama dia Quesadilla atau disebut dalam bahasa Mexico, Que Sa DillaS..yelah menu Mexico :) Hampir tiap malam Isnin, nielah dinner kami sekeluarga, bukan kami buat tapi beli la :) ala ala kueh tunjuk..:)

Nur Umairah Tahun 1


Hari nie Umairah mula bersekolah, macam macam soalan yang ditanya, fuh rasa tergugat sungguh, ada soalan yang ditanya sukar nak jawab, " kenapa Cik Gu tu suruh warnakan barang yang jumpa je, Cik Gu yang lain pulak suruh warna semua gambar, Cik Gu pun tak betul " fuh baru 1 hari masuk sekolah.." adek malas nak nak warna pasal Cik Gu bagi arahan tak betul "

Walaupun kecik tapi klu tak dapat buku atau majalah yang dia nak, konpom mengamuk..yang penting buku, barang mainan tak dapat pun no hal..asal jangan buku..tiap tiap kali kuar mesti nak buku, memang hantu buku budak nie..:)

Hantu Buku...

Kadang penin negok anak anak nie, buku dan buku, dah macam libray pulak rumah aku nie..bilik atas dah penuh dengan buku, dalam stor pun ada buku, rak bawah pun penuh dengan buku, nampak gaya kena bukak kedai buku balik la lepas nie..Kedai Buku Muhammad :)

Nasi Arab Bukit Katil Melaka



Plan nak makan nasi arab di Bukit Katil tapi tunggu punya tunggu, 30 minit kedai masih tak buka, takleh nak kata apa..kedai Melayu :)

Jeti Port Klang

Jeti baru atau Jeti Antarabangsa untuk pergi balik ke Indon..so kerja kami ialah untuk setupkan komunikasi antara Jetty dengan Kapal Kapal yang berada di Port Klang atau ringkasnya VHF frekuency Communication.

MAQ Bank Negara 2011

Selama 5 hari anak anak dihantar untuk Motivasi Hafazan Quran di Bank Negara Malaysia sempena musim cuti sekolah..:)

Buy Last Nike..

Kasut Nike nie sejak di kilangkan di Vietnam macam macam ada, beli tak sampai 6 bulan dah lekang sana sini, dah la simpan dan tak pakai pun, baru nak pakai, tapak pulak lekang ha ha.

Umairah 6 Tahun

AlhamduliLAH syukur, anak paling manja dah berumur 6 tahun, hobi paling dia suka layan YouTube, readiing dan Internet..:)

Hasil Kerja Umairah

Dapat je kamera di tangan Umairah, macam macam dia buat, macam macam idea budak nie huhu

Umairah Concert UPM

Dapat juga luang masa untuk selitkan diri untuk concert Umairah di UPM..anak ku 6 tahun dah pandai karang sajak..fuh lawan toke nampak :)

DIY Wedges..

Selalunya di KFC minta extra cheese tapi kali nie tak payah nak minta, depan mata, tambah ikut suka..tapi berbaloi selepas 3-4 hari DIY menu nie..puas pusing cari, di mana nak beli Cheese Powder :)

Pisang Raja Udang

Orang kata pisang tak boleh makan, ada penunggu la, ada bunian la, hihihi, mengarut sungguh la orang Melayu nie..aku bukan takat makan tapi siap buat lempeng lagi :)

Makan Makan

Jarang sekali nak kuar dinner, lebih syok duk di Masjid tapi orang dah ajak, pi la..makan dan makan :)

Bank Negara Dinner

Penuh jugak Sunway Convention kali nie..Boboi pun ada, Superman pun ada..boleh la..:)

Project Sat TV

Akhirnya Bye Bye to Astro, tadak Astro di rumah pun boleh tengok Astro malah ada 600 channels lagi..apa susah ha ha

Hafazan, Taranum dan Tajwid

Sehari 3 jam anak anak belajar Hafazan, Tajwid dan Taranum, Ustaz datang kerumah untuk memeriksa bacaan. Aku pulak akan check bacaan Hafazan sebelum dorang nak tidur.

Hiulx SR 2.4M Turbo

Sebulan pusing sana sini, klu tak cari, bersepah..ops Hilux SR Turbo Manual..ala nak buat angkut benih pokok getah, buat apa beli hak baru..:)

Nak Ke Masjid pun SUSAH..

Tiap kali dia balik Muar, konpom jalan ke Masjid Jamek kena tutup, Masjid Jamek Muar nie pulak my fav Masjid, haru sungguh dunia klu ada manusia macam nie..mati pun jadi tanah, tak ada jadi emas la..!

Hilux Manual Batu Pahat

Dari KL ke Melaka then Muar pastu Batu Pahat cari Hilux Manual..banyak yang jumpa tapi semua dah accident :)

Aiman Hafazan

Aiman chempiang hafazan peringat Zon Sepang, menjadi jugak anak ayah nie..ingat pesan Ayah, Aiman mesti lebih baik dari Ayah tau :)

Nasi Goreng Udang Lipan

Dulu Udang Lipan nie orang buat makanan itik saja klu di Utara tapi di Pantai Remis Perak, dah jadi main menu..macam macam resepi, goreng tepung pun ada..sedap :)

Damai Luat Lumut

Sesuai dengan nama Resort nie, Damai Laut, memang damai pun tapi masjid paling dekat 14.3KM, selama 4 hari terlepas berjemaah Subuh huhuhu..

Mentarang Sekincan

Orang Sekincan cukup kreatif, gerai mentarang bukan saja di menjual mentarang mentah tapi siap di bakar, ada pelbagai menu..order, duduk dan makan :)

Ustaz Azhar Idrus

Si Aiman paling suka dengan Ustaz Azhar nie, klu boleh nak duduk depan muka Ustaz :)

KLIA - Farhana ke UK

Berhimpun di KLIA, hantar Farhana ke UK, sambung Master.

Solat Jenazah kul 6.10 pagi..

Lepas solat Subuh tadi, imam bagitau ada maiyat sedia untuk disolatkan, wah kira bonus dah nie tapi kebetulan duduk di tepi imam dan tepi maiyat, isk isk saspen la pulak :)
Kiranya pertama kali solat jenazah seawal pagi lepas Solat Subuh, waktu Ramadan lepas, dapat 2 kali solat Jenazah tapi lepas solat Isyak di Masjid yang lain.

Lepas solat jenazah, ada kuliah Subuh, ustaz pun tanya satu soalan maut pada semua hadirin, " bersediakah kita dengan kematian, sama ada kita suka atau tidak, mati tidak awal dan tidak lewat sesaat pun ? "

Maka marilah sama sama memohon agar tergolong dalam golongan yang selamat dunia dan akhirat, amin.

Ruang Kosong..

Mengapa kita perlu ada ada sofa, rak tv, meja makan, karpet, speaker, stand fan, table fan, alangkah tenangnya klu semuanya kosong melainkan sejadah, quran dan tasbih.
Tapi air-con kena ada la :)

Sheikh Ibnu Atoillah r.a mengungkapkan dalam kalam hikmahnya:

“Keperluan kamu adalah hakikat semulajadi bagi kejadian dirimu, sedangkan kemunculan pelbagai sebab mengingatkan kamu kepada sesuatu yang tersembunyi tentang hakikat tersebut, dan keperluan yang semulajadi itu tidak dapat diangkat oleh perkara-perkara yang mendatang”.

" Tadak rezeki " ???

Bila nak kawin " Tadak Jodoh Lagi "
Bila nak kawin " belum ada rezeki "
Dapat ke kerja tu " tadak rezeki ler "

Nie ungkapan yang biasa atau acapkali di sebut oleh orang Melayu atau orang yang tak faham bahasa..soalnya berani sungguh mereka mengambil alih urusan Allah S.W.T nie..macam depa menjawab bagi pihak Allah S.W.T pulak..! Nauzubillah min zalik

Soal rezeki, jodoh, maut adalah urusan Allah S.W.T maka seharusnya kita sebagai hambanya harus tawakal dan bersangka baik dengan Allah S.W.T

Lalu apakah jawapan terbaik, bila ditanya dengan soalan diatas, jawablah " Insya-ALLAH"

Aurat Rambut..


Tidak ada khilaf dikalangan ulamak atas wajib kaum wanita menutup rambutnya kerana ia termasuk aurat yang haram diperlihatkan.

Dalam kisah Israk & mikraj Nabi Muhammad s.a.w bertanya kepada Jibril a.s. kenapa seorang wanita digantung dengan rambutnya didalam api neraka maka jawab jibril a.s. :
"Ini adalah kerana wanita tersebut tidak menutup rambutnya daripada lelaki ketika didalam dunia dahulu."

Dan Hadis Rasulullah riwayat dari Bazzar dan At-Termizi menjelaskan,
Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, setiap kali mereka keluar, syaitan akan memperhatikannya.”

Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur) "Surah Al-A’raaf" Ayat 26)

Wallahua'lam

Kalaulah Rasulullah S.A.W masih ada..


Aku tatau apa pandangan orang lain, klu tanya, Aku akan pergi mencari Rasulullah S.A.W dimana saja hatta terpaksa berjalan kaki sekalipun, sayangnya Aku pada Rasulullah S.A.W tidak mampu untuk ucapkan, hanya Allah yang maha mengetahui, hanya airmata pengubat rindu !

Solat Kita ?

Sehari kita baca Al Fatihah 17 kali, tu yang wajib, belum kira yang sunat tapi so far saya belum jumpa lagi mereka yang mampu menulis surah ini di atas kertas. Bagi je kertas kosong, masing masing akan jawab, " baca boleh la bang ! tapi nak tulis tu hihihi " tu blum di tanya lagi makna dan terjemahan, belum lagi di tanya rukun bacaan dan last sekali dengar bacaan. Belum ditanya dimana hukum bacaan huruf tanpa khilaf.

Belum ditanya bacaan lain dalam solat, faham ke apa yang kita duk baca tu ?

Takpalah Bro ! tak boleh tulis pun takpa, cuba baca, erk baca pun silap Bro ! padahal duk baca sehari semalam 17 kali, maka Bro ! marilah kita sama sama betulkan bacaan dalam solat kita, gagal solat maka gagallah kita didepan Allah S.W.T nanti. Marilah kita cari ustaz atau ustazah yang boleh mengajar kita solat dengan cara yang betul dan sah, zaman sekarang mudah, di internet mesti boleh cari punya. Marilah kita upgrade solat kita, klu kereta boleh upgrade, mengapa tidak jadikan solat kita terbaik, macam upgrade dari Proton ke Audi le :)

Wallahua'lam

Sahkah wuduk kita ?

Adakah cara dan kaedah kita berwuduk adalah betul dan sah, walaupun berwuduk nie basic, saya selalu nampak ramai yang tak tertib masa wuduk terutama bab rukun dalam wuduk macam basuh muka, basuk kaki..klu budak budak biasanya main basuh je, yang tua otai pun sama..so carilah mana mana ustaz, buat demo depan ustaz tu, klu rasa malu orang nampak, ajak ustaz datang kerumah lagi baguis, boleh jamu ustaz ngan Mee Rebus Muar :)

Apa pun selagi belum masuk liang lahad, belum terlambat.

Fiman Allah S.W.T
"Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku dan sapulah sebahagian dari kepala kamu dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali. “ Surah Al-Maa’idah" 6)

Ingat wahai semua rakan rakan, hukum wuduk adalah wajib, tak sah solat klu wuduk pun gagal. Dan yang lebih menarik, ada rahsia berwuduk dari segi kesihatan.

Wallahua'lam

Iktikaf dekatkan diri pada Allah

Marilah menjadikan Masjid sebagai rumah kedua. Ntah aku pun tak pasti kenapa dan mengapa, yang pasti aku suka berada dalam Masjid sambil beriktikaf. Adakah ini maknanya Istiqomah.


Puasa 6 Sunat Syawal

Alhamdulilah dapat juga puasa 6 hari di bulan Syawal, mula puasa pada 2 Syawal terus sampai Isnin 6 Syawal.
Dan akan terus berpuasa pada setiap Isnin dan Khamis sebagai puasa sunat dan qada puasa dulu dulu :) Insya-Allah

Doa Qunut..

Jemaah sebelah aku pagi tadi tak baca doa qunut padahai solat subuh berjemaah, nie namanya bengong, bila abis semayang, aku tanya, rupanya mat indon, owh hambali leni.
Kenapa aku kata bengong, bengong pasai tamao nak belajar..

Bila aku balik Perlis, disana ada Masjid yang tak baca doa qunut, aku pun tak baca la, sama kes bila aku semayang Subuh di Selangor atau Johor, imam baca qunut, aku baca la..apa susah, dah nama semayang berjemaah, ikut imam la, lain ka klu iman baca doa makan !Subhan'Allah

Ramai yang tak faham maksud atau terjemahan doa qunut nie, klu depa faham sebak weh, nangis pasti, Lagi satu klu imam tak baca doa qunut, jangan kata Wahabi pulak, dulu klu sebut Perlis, terus cop Wahabi, klu sebut depan aku, konpom kena sekeh :) tu pasai orang suruh pi mengaji rukun rukun semayang dulu Bro !

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

Semekon..

Semekon Bang ! Semekon ! abang dah beli ke ! boleh jimat letrik nie bang !
Saya tak akan jawab pasal nak kata salam bunyi macam ala ala salam, erk tengok muker, melayu sejati, fuh ! haru lagu nie, salam pun macam SMS.
So klu aku ada masa, kena explain la sket ! klu aku nak cepat, aku blah je :)
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
Klu bagi salam lagu nie..dapat 30 ganjaran, kira bonus la Bro !
Ada 3 jenis salam dan 3 jenis ganjaran, 10, 20 dan 30 so tanya diri, nak ganjaran yang mana..jangan tanya ganjaran tu apa, macam bonuslink ka, aku pun tatau, tapi aku pilih yang 30 ler :)

Mulai 21 Ramadan...Aku Jarang Bercakap

نَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْراً أًوْ لِيَصْمُتْ، وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَاْليَوْمِ الآخِرِ فَلْيُكْرِمْ جَارَهُ، وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ

[رواه البخاري ومسلم]

Dari Abu Hurairah R.A, sesungguhnya Rasulullah S.A.W bersabda "Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah dia berkata baik atau diam, siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah dia menghormati tetangganya dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir maka hendaklah dia memuliakan tamunya (Riwayat Bukhori dan Muslim)

Masya-Allah Silap Hari Ke ?

Gambar - Masjid Jamek Lama Muar

Hadir untuk solat Jumaat sekitar kul 1230 di Masjid Jamek Parit Kadi Muar tapi sorang pun tak ada, isk silap hari ke, alahai dah jadi macam Tuk Siak la pulak..:)

Qiamulail Ramadan 2011

Alhamdulilah dengan izin Allah S.W.T dapat juga aku sertai Qiamulail pada malam ganjil yakni malam 21, 23, 25, 27 dan 29 ramadan. Jadi bilakah malam Lailatul Qadar, malam misteri yang dirindui kedatangannya, ntah aku pun tak pasti bila berlakunya malam seribu bulan ini namun apa yang aku pasti..

Sejak malam 21 Ramadan aku begitu rindu pada malam Qiamulail dan solat sunat Tasbih serta solat sunat Tahajjud, setiap kali sujud, aku rasa tersangat hiba, air mata tak tertahan..habis basah lengan jubah, Aku paling tak tahan masa solat sunat Tasbih, belum habis rakaat pertama, terus sebak, hati bagai dikoyak koyak, dihiris hiris, ya Allah, ampunkan dosa dosa hamba mu yang tak terkira ini..

Aku pasti tak akan menoleh ke belakang lagi, syukur pada mu, ya ALLAH, aku masih diberi kesempatan..amin

Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin - Larangan Bacaan Quran ( CD)

Aku CnP pandangan Dr. MAZA mengenai isu yang hangat macam goreng cempedak nie dan aku pun teramatlah bersetuju, yang sebenarnya yang duk mengaji pagi pagi tu ialah CD atau VCD, kenapa aku setuju, nak tau pasai apa, rajin rajin la pi Masjid seawal pukui 4.00 atau 5.00 pagi pastu cuba buat benchmark, pi Masjid yang pasang dan tak pasang, yang mana best, yang mana syahdu, pi masjid awal maksudnya iktikaf la, jangan pi tidur pulak:) Untung sapa duk di Penang, aku di Puchong nie terpaksa pederas pi Masjid di Taman Putra Perdana pasai depa tak pasang CD :)

Tulis Dr. MAZA

Saya amat bersetuju dengan keputusan Jabatan Mufti Pulau Pinang yang mengeluarkan arahan agar suara bacaan al-Quran tidak dikuatkan melalui pembesar suara seperti yang berlaku di kebanyakan masjid sebelum waktu solat. Fatwa atau arahan ini bagi saya selaras dengan kehendak syarak. Seperti yang lepas, saya berpegang kepada alasan-alasan berikut menyokong keputusan berkenaan;

1. Apa yang Islam syariatkan untuk diangkat suara, hanyalah azan. Adapun selain dari itu, tiada nas yang menyuruh kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain. Bahkan perbuatan itu dilarang oleh Nabi s.a.w. Apatah lagi dalam Islam ketenteraman orang lain dipelihara melainkan jika ada pengecualian tertentu yang diizinkan oleh syarak

4. Sebenarnya, Nabi s.a.w sendiri telah melarang orang menguatkan bacaan al-Quran dalam masjid sehingga mengganggu jamaah lain. Dalam hadis Nabi s.a.w, kata Abu Sa’id al-Khudri:

“Ketika Nabi s.a.w beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi s.a.w berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda: “Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat” (Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih).




Galaxy Inn Lumut


Puasa ke 4, terpaksa ke Lumut untuk final inspection, first time terawikh dalam bilik hotel..fuh !

Chelsea VS Malaysia


Die-hard Chelsea made in Malaysia..agak agak ikut mak dia kut masa study kat Cardiff dulu..:)


Chelsea Training Pass..

Bawak die-hard Chelsea gi Stadium Bukit Jalil pasal nak tengok Drogba, heran la, nak kata Drogba tu hensem, tak masuk akal :)

Trip To Hatyai


Dua hari sebelum PRU Thailand, bertolak ke Hatyai untuk shopping Mesh Dish 8 kaki, walaupun suasana tidak selamat tapi alhamduliLAH, semua selamat kembali..

Android 2.2 FROYO

Beli 2nd Samsung Smart Phone, TAB untuk pergi meeting then Galaxy S2 untuk isteri tersayang..

Ready untuk tembak IndoVision - S Band


Baru siap pasang dan belum fine tune lagi tapi rasanya akan cecah 80-90% emitted signal.

Samsung Galaxy S2

Hadiah buat isteri tersayang, Galaxy S2 dari Sim Lim Square, Singapore.

CommunicASIA 2011 Singapore

4 hari berturut turut berada di CommunicASIA 2011 yang berlansung di Marina Bay Sands dan Suntex City Singapore mulai 21-24 June 2011.

Bugis MRT Statton

Boring naik teksi, layan MRT la pulak :)

Asia BroadCast 2011 Singapore

Hadir di konference, Asia BroadCast 2011 di Marina Bay Sands, Singapore pada June 2011.

Wacana SBDJ Tamar Jalis

Memecut ke dewan JKKK Ipoh untuk turut serta dalam wacana bersama Tamar Jalis @ Ahmad Mahmud yang menulis buku misteri, Selangkah Ke Alam Jin..( malamnya pulak terpaksa ke Singapore, fuh penat )

June 13, 2011


Birthday Muhammad Aiman, besarnya kek sampai kena letak dalam boot :)

Pusat Sains Negara



Cuti sekolah, tatau nak gi mana, bawak anak anak pergi ke Pusat Sains Negara.." Apa Pun Tak boleh " banyak equipments yang rosak..fuh " Boleh land "



MPH Shah Alam

Tradisi cuti sekolah tak sah klu tak melawat MPH, dekat RM400 dorang kejekan..fuh ! takleh nak buat apa dah, hantu buku..