Friday, December 07, 2012

SABAH - Ikan Bakar

Jika ke Sabah, antara aktiviti sampingan ialah makan Ikan Bakar. Macam macam ikan ada, ikan segar, tak berapa segar serta ikan yang tiada di Semanjung.





Harga ikan di K.K lebih kurang di Semanjung juga, cuma kerang agak mahal, 1000 gram berharga sekitar RM30~RM35 berbanding kerang gred A di Kuala Lumpur, 1 kg RM3.00 atau RM4.00



Senarai harga ikan, udang dan ikan. Udang rimau RM140 untuk 1000 gram atau 1 kg..






















Berbagai jenis menu, pilih saja cuma kebersihan gerai tahap gred D. Layanan seperti boleh siap semuanya dalam 5 minit tapi 30 minit baru terhidang, dimeja belakang, ada pelanggan dah mula tinggikan volume ! 



Ketam masak lemak, tukang masak bukan chef jadi makan jelah.


Setelah lama juga menunggu, gelas air dah kosong, anak anak hampir terlelap, hidangan baru sampai.





Jika gerai penuh, kita mudah faham tetapi rata rata gerai kosong, meja tak penuh pun. Air batu kosong berharga RM2.50 dan bukannya air mineral.
Harga air kosong di gerai gred D tepi jalan mengalahkan harga di Nexus Karambunai.



Wajah bosan menunggu, pertama dan yang terakhir, tidak akan singgah lagi di gerai ikan bakar di Kota Kinabalu. Rata rata gerai ikan bakar tidak bersih, mungkin orang lain tidak kisah, namun bagi kami, bukan selera kami.

Thursday, December 06, 2012

SABAH - Sutera Harbour Resort, Kota Kinabalu

Selama 4 hari menginap di Hotel ini, layanan yang sangat mesra dan pastinya hotel pilihan kami sekluarga sekiranya berada di Kota Kinabalu. Masakan pun sedap. Room service cepat dan very efficient. Anak anak basahkan karpet bilik,  room cleaner segera datang bersama dengan wet vaccum cleaner, semuanya diselesaikan dalam masa 30 minit. 

Sudah beratus hotel kami menginap di merata negara. Dari 5 star sampai yang tak ada star, tapi bagi kami, Hotel ini antara terbaik kami pernah menginap. 

Tuesday, December 04, 2012

SABAH - Rumah Terbalik

Tak pasti apa yang menarik dirumah ini, dulu pernah terbaca, pemilik rumah ini seorang kontrator, pening memikir projek projek tak siap, beliau terfikir dunia nak terbalik, diterbalikkan rumah ini, menjadi sungguh idea ini, hasilnya jadi tarikan pelancongan.
 Kancil pun jadi mangsa. Lokasi di N6 08.647 E116 15.247

SABAH - Jambatan Tamparuli

Dari lokasi rumah Terbalik, terus ke Pekan Tamparuli yang terkenal dengan jambatan Tamparuli. 

 Permandangan dari atas jambatan.

 Turun saja dari Jambatan, pekan Tamparuli.

Jangan berlari walaupun ada anjing diatas jambatan, nanti makin kuat bergoyang

Pertama kalinya, saya di " PAU " oleh orang Sabah, yang PAU pulak bukan samseng tapi warga emas jalan pun tergetar getar, " kao kasi lime hengget ", haha, bagi jelah.

Pekan Tamparuli, banyak buah buahan dijual disini

Monday, December 03, 2012

SABAH - Pulau Manukan

Kaunter tiket untuk ke Pulau Manukan. Kami hanya pilih satu Pulau saja memandangkan kami akan kembali menginap di Pulau Manukan nanti, inshaa Allah. Setelah sembang sembang, dapatlah harga sedikit special beserta sewa goggle, jacket. Sepatutnya sewa je di Pulau Manukan, buat penat saja usung ke hulu hilir.
SubhanAllah memang cantik Pulau Manukan ini, air yang jernih dan bersih. Sayang kami menginap di Nexus Karambunai, sepatutnya kami check in di Pulau Manukan.

 Nampak jelas anak anak ikan

Klu ada jala dan dibenarkan menjala, memang lumayan.

Nemo dive pun tak sempat sebab dah terlewat, kena datang awal pagi.

Sunday, December 02, 2012

SABAH - Nexus Karambunai Spa and Resort


Dari Poring ke Sungai Tagal, kampung Luanti Baru, kami kembali ke Kundasang. Cuaca cerah, sejuk. Jelas kelihatan Gunung Kinabalu.
Cantik panorama di sekitar Kundasang
Check in Nexus Karambunai hari sudah gelap, untuk dinner terpaksa keluar ke Salut Komersial Centre. Dua hari di Nexus agak membosankan, resort kurang diselenggarakan dengan baik. Breakfast banyak pilihan namun masih tidak menepati selera kami agaknya. 

Saturday, December 01, 2012

SABAH - Poring


Selepas subuh saya keluar mencari menu breakfast, tidak ada gerai yang buka atau kedai runcit, hanya anjing anjing didepan pintu kedai.  

Berhenti sebentar untuk melayan nostalgia sawah. Pagi yang nyaman, rasa puas bernafas, namun kedai tak jumpa juga.


Balik tidor dululah, klu rasa lapar, makanlah apa yang ada, belum ada orang mati kebuluran di Malaysia.

Rupanya bila cuti hujung Minggu, Poring ini dikunjungi ramai warga tempatan. 

Semua kolam penuhkiranya first come first dapat kolam.

Punca mata air panas dari sini terus disalurkan ke Resort Poring jadi kami tak perlu berendam di kolam terbuka.

 Panas ! kata orang, telur boleh masak, ntah le, tak ada digital thermometer.


Awal pagi diteruskan dengan aktiviti Canopy Walk, boleh tahan tingginya, ada seorang warga wanita Korea pakai high heel masa mendaki, ntah apa kesudahannya sebab waktu kami turun, mereka sedang naik, nampak penat tahap hangit.

Buah hati Ayah ini boleh tahan lasaknya, sangat aktif bersukan, tak pulak penat


Bayaran yang dikenakan, sepatutnya kami yang menginap di Resort Poring, percumalah. Sutera Harbour management kena tengok lah sikit.


SABAH - Fish SPA Sungai Moroli ( TAGAL )


Akhirnya kami dapat masuk ke Sungai Moroli untuk Fish SPA oleh ikan Kelah. Jarak dari Poring ke Kampung Kuanti ialah 19.4km.

Peminat SPA Fish dah mula ramai, dilarang bising

Ikan Kelah sangat banyak, jinak jinak, boleh dipegang namun 
dilarang mengangkat ikan atau mengigit ikan 

Masa diberi hanya 15 minit untuk satu sesi bersama pelet RM5. Jika hendak lebih masa, terpaksalah keluar ke kaunter di pintu masuk untuk beli nombor giliran lagi.

Pertugas yang baik, orang lain tak boleh tapi saya boleh pegang, boleh angkat, cuma tak boleh bawa balik ikan je, menurut Pak Cik nie, Tagal bermaksud " sebentar" dalam bahasa Kedayan.

Friday, November 30, 2012

SABAH - River Lodge Resort Poring

Setelah 2 hari di Kundasang, agenda diteruskan untuk menginap di River Lodge Poring. Sampai di pekan Ranau, terfikir untuk terus Sungai Tagal untuk merasa Fish SPA. Namun Sungai Tagal pula banjir, ditutup sehingga air surut. Sebaiknya telepon mereka dulu.

Agak kecewa namun durian dari dusun sekitar Kampung Luanti Baru sedia menanti untuk dijamah. 
Sementara menunggu air bah Sungai Tagal surut, perkiraan kami, mungkin air bah akan surut maka kami melawat ke Ladang Tea Nabalu yang berdekatan. Setelah 2 jam kami kembali meninjau keadaan air di Sungai Tagal, air masih keruh. 

Ramai yang kecewa terutama yang datang dari Kota Kinabalu dengan menaiki van pelancong. Sekiranya masih ingin menginap dipekan sekitar, resort ada di Poring 19.4km atau terus ke Pekan Ranau sejauh 18.8km.
Jalan menuju Poring Hot Spring

Sampai di Poring, kelihatan signboard bunga Raflesia. Bayaran masuk RM20 untuk sebuah kereta, kenderaan tidak boleh sampai ke kawasan bunga, hanya parking ditepi jalan tanah merah dan harus berjalan hampir 500m di dalam semak samun. Memang tidak berbaloi pakej ini.

Cantik kan bunga Raflesia, mana ada orang tanam bunga nie ! 

Selepas beli barang keperluan, check in di River Lodge Poring. Teruja kami disini. tiada WIFI, 4G atau internet, inilah kemuncak percutian namanya. Di Poring ini hanya sebuah kedai makanan islam milik seorang Kadazan Dusun, ditutup pada jam 1800, maka harus bersedia dengan bekalan yang secukupnya.

Kali ini benar benar rasa tenang untuk bercuti. Buah Tarap dan Pisang Emas yang dibeli di gerai sekitar Poring menjadi alas perut. 

 Tidak perlu untuk mandi air panas di kolam sekitar Poring, air panas dari Poring dialirkan ke resort, nak beremban lama mana, siang dan malam tak siapa yang tengok.

Duduk di balcony resort sambil menghirup kopi Tenom, deruan air dari sungai berdekatan cukup menyenangkan. AlHamduliLLaah

 Buah tarap dikerjakan anak anak tidak sampai 30 minit, species Pirahna juga nie. sebijik buah tarap dijual RM4.00 sahaja.

Cantik dan kemas tersusun, 80% bahan resort ini dibina dari kayu jati dan cengal. Kami sangat teruja, penginapan satu malam RM750++ amat berbaloi walaupun tanpa WIFI, tanpa breakfast, tanpa welcome drink. Kami pasti kembali ke Poring, inshaa Allah.