Monday, March 19, 2012

Ayam Bakar Taliwang As Siddiq

Kedai makan ini cukup famous bagi pelancung dari Malaysia terutama yang datang bersama Pak Supir.

Ada yang siap semua 100% yakni harga sekitar RP450,000-RP550,500 sehari termasuk bayaran Pak Supir, makan, parking, tiket lawatan dan BBM. Ada yang letak harga RP350,000 untuk Supir dan BBM sahaja, maknanya Pak Supir akan makan bersama kita tidak termasuk kos kos lain seperti bayaran tukang jaga parking, RP2000 setiap kali kita parking.


Jka kita ikuti lawatan package, laluan kita akan ditetapkan oleh travel agen atau jika kita tidak mahu menyewa kereta tanpa Supir, saya syorkan anda cari mana mana Supir yang kira bayaran harian yakni servis 10-12 Jam.

Seorang kawan saya di Bali bernama abang Ali hanya tetapkan RP360,000 ( RM120) untuk jangkamasa 10-12 jam, sebut mana nak pergi saja, dia boleh PERGI..sempoi abang Ali nie.selain beragama Islam, senang berurusan. Selalunya Supir di Bali adalah dari Umat Hindu. No henpon gengam abang Ali ialah 006281338206878

Ikuti lawatan package, laluan kita akan ditetapkan oleh travel agen atau jika kita tidak mahu menyewa kereta tanpa Supir, saya syorkan anda cari mana mana Supir yang kira bayaran harian yakni servis 10-12 Jam.


Jka kita ikuti lawatan package, laluan kita akan ditetapkan oleh travel agen atau jika kita tidak mahu menyewa kereta tanpa Supir, saya syorkan anda cari mana mana Supir yang kira bayaran harian yakni servis 10-12 Jam.

Rakan saya di Bali bernama abang Ali hanya tetapkan RP360,000 ( RM120) untuk jangkamasa 10-12 jam, sebut mana nak pergi saja, dia boleh PERGI..sempoi abang Ali nie, senang berurusan. No Abang Ali ialah 006281338206878



Bagi yang baru berkahwin atau tengah honeymoon tentunya tak selesa bila makan bertiga yakni ada Pak Supir didepan, boleh juga suruh suruh Pak Supir pi main jauh jauh. Dalam gambar ialah kedai Ayam Bakar Taliwang As Siddiq,  Ada satu pasangan dari Jakarta, nampak cam baru kawin, macam tak selesa bila ada Pak Supir makan bersama.
Masjid Al Hidayah, Candikuning atau lebih popular dengan nama Masjid Bedugul. ( Bedugul sebenarnya adalah sebuah daerah di Kacamatan atau Wilayah Candikuning.

Saturday, March 17, 2012

Baturiti, Bali

Baturiti ialah satu perkampungan yang terletak di daerah Tukad Bangke, Tabanan rasanya tak ada mana mana Supir yang bawa pelawat ke kawasan ini sebab ianya bukanlah lalun utama. Kawasan ini cukup menarik dengan permandangan sawah sawah bertingkat seperti Tegallalang cuma disini bukan pilihan Pak Supir atau travel agen disebabkan tak ada kedai untuk pelancung berbelanja, Pak Supir tak masyuk le :).
Sebelum ini Restoran atau Warung Makan Uma Luang Sari ini mendapat sambutan hangat didaerah ini, suasana begitu menarik, umpama kita sedang menjamu selera dipuncak bukit dengan dibawahnya permandangan hijauan sawah sawah bertingkat atau padi huma.Tidak dipastikan mengapa warung makan ini tidak dibuka atau terus tutup selamanya, sesuai klu nak bukak kedai Tomyam ini haha.

Carrefour di Pulau Dewata, Bali

Rasanya tidak pernah dibuat orang dari Malaysia, pergi shopping di Carrefour Bali :), tapi itulah saya selalu buat, selalunya 2-3 jam juga saya membelek barang barang di Carrefour Bali ini. Akan diborong apa saja yang murah dari Kuala Lumpur. Sebenarnya terdapat 2 buah Carrefour di Bali, S8 42 07.7 E115 11 02.9 di Jalan Imam Bongol, Denpasar dan satu lagi di S8 42 46.1 E115 11 12.2 Jalan Sunset, Kuta. Dua duanya beroperasi tanpa air-con hihi
Mee Goreng, yang ni HALAL cuma RM0.40 sen tapi saya jarang beli Mi brand nie, low class gitu haha !
Kerap kali saya beli yang ini, di KL atau mana mana kedai di Malaysia pun ada tapi saya beli di Bali HANYA untuk standby, di Pulau Bali makanan HALAL memang terhad dan ada kawasan tidak ada kedai makanan Islam langsung , banyak warung makan dengan menu Babi Guling di merata rata, silap masuk..naya :)

Yang nie mesti beli, apa tidaknya klu di Guardian Pharmacy, Kuala Lumpur harga biasanya dijual RM12.30 tapi disini cuma RM3.60, so saya borong le :) kadang klu bernasib baik, ada GRATIS lagi..( Gratis tu FREE le  )
Harga sabun mandi ini bersamaan RM5.60 yakni harganya hampir sama di semua Hyper di Malaysia tapi beli di Pulau Bali, beli satu dapat GRATIS 1 atau BUY ONE FREE ONE, jadi satu harganya 
cuma RM2.80 je :) Yang nie saya beli 1 dozen
Nasib baik tak muat dan tak boleh bawa balik ke Kuala Lumpur, klu tidak tentu abang Kastam di CIQ Johor Bharu buka buku ledger le haha !

Friday, March 16, 2012

Masjid Al Falah, Pancasari Bali

Masjid ini terletak di Pancasari yakni jalan menuju Singaraya dari Bedugul, oleh sebab keadaan hujan yang turun sejak pagi, saya tidak dapat mengambil banyak gambar di kawasan ini. Dikawasan ini, hujan turun sepanjang masa, siang dan malam, hampir tiada hari tanpa hujan.

Thursday, March 15, 2012

Tegallalang Part 2, Bali

Dilaluan Tegallalang menuju Bangli, terdapat ratusan kedai dikiri dan kanan jalan dengan hasil kerja tangan, jika anda mengikuti lawatan package, Pak Supir tak akan berhenti disini sebab mereka akan cuba bawa anda ke lokasi lain yakni sekitar Candikuning, Pekan Ubud atau sekitar Bedugul, disana harganya lebih mahal dan lebih banyak masyuk komisen untuk Pak Supir disamping pilihan yang sangat terhad. Antara salah satu kebaikkan menyewa kereta pandu sendiri di Pulau Bali, stop mana saja kita suka :)
Di sepanjang jalan dari Tegallalang menuju ke Bangli atau Kintamani, penuh dengan kedai menjual pelbagai barangan arts, seperti biasa orang Malaysia, suka dengan hasil tile atau bekas ceramic. Sebelum anda beli, better check harga di kedai kedai lain walaupun sebelah menyebelah :)
Salah satu kedai yang saya suka dan selalu singgah, harganya walaupun LEPAS yakni sudah tawar habis tapi masih murah berbandng kedai lain.
Dikedai lain atau kedai disebelah, bekas ceramik buah buahan ini dijual dengan harga RP80,000 untuk 1 set atau 3 biji satu set, tapi di kedai SISI ART ini cuma RP40,000 saja @ RM13.40. Klu la ada treller mao beli semua :) Jangan anda risau cara nak bawak, mereka akan bungkus dengan kemas, siap dengan kertas sisa shredder machine.

Tegallalang Part 1, Bali

Tegallalang adalah salah satu lokasi yang sentiasa penuh dengan para pelancung, mana mana package mesti ada lawatan ke sini, apa yang best..:)

Selain jalan yang sememang sempit, memang susah nak parking, tapi seperti biasa, akan ada tukang jaga parking dan kereta dimana mana lokasi di Indonesia, tapi mereka bukanlah Mat Pet seperti di Malaysia, mereka adalah manusia biasa, jaga parking ini adalah suatu cabang kerja yang biasa di mana mana di tempat, kampung atau bandar di Indonesia. Kerja mereka menjaga kenderaan, akan menahan semua kenderaan dengan berdiri di tengah tengah jalan, ada yang pakai wisel, ada yang pakai seperti RELA, ada yang macam SB..upahnya RP2000 @ RM60 sen sahaja.

Tukang jaga pintu laluan masuk keluar ke Tegallalang, siap dengan Kenwood TK-408 sentiasa TX rakan mereka dilaluan masuk dan keluar, mana mana kenderaan yang membawa pelancung masuk ke kawasan Tegallalang, akan di monitor, salah kerja rutin penduduk di Tegallalang sebagai sumber pendapatan..

Permandangan yang cukup menarik di Tegallalang, sawah padi ditanam seperti padi huma, bertingkat tingkat, aliran air mengalir dari parit disekeliling sawah padi, sungguh kreatif penduduk Tegallalang.
Bagi seorang Professional Photographers, mereka pastinya dapat menghasilkan stock gambar yang pastinya menjadi suatu yang bernilai. Selaian di Tegallalang, tanaman padi bertingkat ini ada di Baturiti, akan tapi rasanya tak ada Pak Supir yang sanggup ke sana atas sebab jauh dari Tegallalang, tak ada kedai untuk pelancung membeli belah, jika Pelancung tidak berbelanja, Pak Supir tak ada komisen :)

Wednesday, March 14, 2012

Pantai Kuta, Bali



Ebiet G. Ade:dengan Nyanyian Rindu masih saya ingat dan hafal tiap baris lagu puisi dari Ebiet yang berkisar tentang Pantai Kuta, malah semasa bekerja di Jepun dulu, saya akan lepak bersama rakan rakan dari PT National Gobel Jakarta Timur ( sekarang National Panasonic Gobel ) Mereka ini cukup mantap dengan guitar unplugged. Kami akan layan lagu lagu dari Ebiet, Dlloyd, Sweet Charity, Rustyblade, Search dan Lefthanded. Saya meminati Ebiet sejak ablum pertama lagi, Camellia 1, 1979 dengan lagu hitnya, Elegi Esok Pagi.
 

D           A           D
Coba engkau katakan padaku
G           D          A   D
apa yang seharusnya aku lakukan
F#m         Bm   F#         G
bila larut tiba wajahmu terbayang
Em        A          D     A  D
Kerinduan ini semakin dalam


         A             D
Gemuruh ombak di pantai Kuta
 G            D             A      D
Sejuk, lembut angin di bukit Kintamani
F#m           Bm    F#         G
Gadis-gadis kecil menjajakan cincin
   Em         A              D   A  D
tak mampu mengusir kau yang manis

  Pantai Kuta kini telah banyak berubah sejak Bali semakin maju. Sudah hilang keaslian Pantai Kuta ini..

Penjual nasi dari Lombok seperti biasa menjaja di sekitar Pantai Kuta, mereka ini umat Islam dari sekitar Kuta.Sangat jarang untuk melihat peniaga umat Islam berniaga makanan bermotosikal di sekitar Kuta.


Kuta telah banyak berubah, sudah ada Hardrock, Pizza Hut, Mcdonalds. Tak jauh dari sini, ada Shooping kompleks yang famous dikalangan pelancung, Matahari dan Discovery.

Kereta Sewa di Bali

Kereta sewa pandu sendiri di Bali, ada dimana mana terutama di Ngurah Rai Airport tapi saya selesa dengan seorang rakan di sana, I Nyoman Surya, sangat mudah berurusan, kereta milik Nyoman semuanya masih baru, bersih dan paling murah di sekitar Kuta dan Denpasar.

Bagi mereka yang pertama kali ingin menyewa kereta pandu sendiri di Pulau Bali, berhati hati lah agar anda tidak ditipu, ramai penipu berada dimana mana terutama Pulau Dewata yang menjadi tumpuan pelancung. 
Kereta sewa Nyoman, sebut saja dimana hendak dihantar, pasti tersedia kereta sebelum kita check in di Hotel, urusan juga mudah, hanya tulis nama dan bayar sewaan secara tunai, tak perlu PMA atau Permit Memandu Antarabangsa seperti kebanyakkan syarikat sewa kereta lain. Kadar sewa pulak sekitar USD16-22 sehari. Bagi kaki mat rempit boleh juga sewa Honda Tiger atau Honda Scooby dengan kadar USD 6-9 sehari, seperti kebanyakkan Mat Salleh atau pelancung dari Europe.

 
I Nyoman seperti umat hindu lain di Pulau Dewata Bali, sudah menjadi trasidi harian mereka menjamu para dewata dengan hidangan pagi petang dan malam, jangan risau jika anda terlangkah, terpijak atau termakan, sebab dewata dah makan dulu ha ha

Di Indonesia, harga petrol Premium ialah RP4500 perliter @ RM1.50, klu nak ronda Pulau sampai ke Singaraja, anda cuma perlu sekitar RP150,000 untuk 3 hari drive siang malam :) BBM akan naik pada bulan April 2012, suasana demo jalanan ada dimana mana..
Tidak ada layan diri di mana mana stesen Minyak di mana saja di Indonesia, anda akan dilayan seperti Taukeh :), nak boh minyak, hulur je berapa uang RP, misalnya RP100,000 bersama 22 liter, fuh jenuh la pusing steering :)
Saya dapat kereta baru atau orang pertama yang sewa, baru 1st servis @ 1000KM break in, minyak pun separuh tank masa kereta diserahkan, haha TQ TQ I Nyoman :) Tips, jangan guna bahasa melayu bila berurusan dengan syarikat sewa kereta di Bali, sama ada chat atau email, mereka tak akan layan, mereka risau dan takut penyewa dari Indonesia yang kerap sewa terus bawak lari ke Lombok haha. Tips, booking kereta sewa seminggu sebelum ke Bali, jika peak season, silap silap anda kena naik BEMO hahaha..
I Nyoman, sorang kawan yang simple, tak banyak cakap, paling senang berurusan, tak ada mileage limit , tak perlu lesen PMA atau SIM Indonesia, pakai bawak je, klu kena tahan pak Polisi, hulur je RP100,000, sure lepas tapi jarang sangat Pak Polisi nak tahan kecuali anda memecut ! 

Akan tetapi paling laju pun anda boleh drive di Bali ialah sekitar 40-60KM/H saja, itu pun di jalan utama yang mereka panggil Highway ( standard jalan Persekutuan di Malaysia ), nak pecut sampai 100KM/H adalah TERsangat mustahil kecuali tengah malam buta.. 

Kemungkinan berlaku accident sangat tipis sebab kebiasaannya normal speed adalah sekitar 40KM/H, kenderaan terutama Motosikal ada berjuta juta di Bali :) I Nyoman boleh di hubungi di http://www.msbalicarrental.com



Masjid Al Mujahidin, Kuta


Saya ke Masjid Al Mujahidin di Kuta ini sekitar jam 0435 pagi untuk menunaikan sembahyang subuh berjemaah, terasa sangat sayu bila melangkah masuk ke ruang solat. Tiada tahrim atau terdengar kumat kumit bacaan quran, masing masing khusyuk dengan tasbih di jari, khusyuk berzikir, mungkin inilah sebenarnya amalan dan sunah sunah Rasulullah s.a.w bila berada didalam masjid.! Wallahu'alam


Bapak Abdul Rahman Haji Abdul Hamid, selaku Imam dan Pengurus Masjid.
Sempat berbual dan bertukar pandangan dengan beliau, orangnya menguasai ilmu tawjid yang tinggi, bacaan surah dengan terang tanpa mengunakan microphone seperti kebiasaan di Masjid atau Surau Surau di Malaysia.

 Isman Ahmad, baru berusia 18 tahun dan pelajar Pesantren bersebelahan dengan Masjid Al Mujahidin, Kuta. Bilal muda ini punya suara yang beningnya yang indah nan lantang terdengar di sekitar celah celah rumah sekitar pekan Kuta, Bali. Subuh di Bali ialah sekitar jam 0505 pagi.


Masjid Al Mujahidin ini terletak 100M dari Jalan Utama yakni Jalan Raya Kuta, dikelilingi rumah rumah masyarakat islam dan umat hindu, Bali.
 
 

Dari luar Masjid nampak biasa seperti Masjid Masjid lain di Indonesia.
Lokasi S8 43 33.8 E115 10 35.4




Pelbagai kitab taksir terdapat dirak bacaan.


Tempat mengambil wuduk, airnya cukup sejuk dan nyaman.


Selepas selesai sembahyang berjemaah, berdoa, berzikir lalu semua jemaah membaca Al-Quran dan tidak berbual kosong kosong. Ya Allah, izinkan aku kesini lagi, dengan segala rahmatMu, ya Allah. 

Tuesday, March 13, 2012

Tanah Lot, Bali

Salah seorang rakan SWAL ORARI yang juga pengawal pintu di Tanah Lot :)
 
Tanah Lot salah lokasi yang sentiasa dikunjungi pelawat saban waktu..

Pandangan biasa di depan Pura Tanah Lot.

Ombak mula kuat menghayun batuan bila air sedang pasang..

Waktu paling menarik ialah bila sunset di Tanah Lot..

Antara Pura yang terletak di atas batu di Tanah Lot.


Bagi mereka yang beragama atau umat hindu, tempat ini seperti wajid dikunjungi.

Jurufoto Amatur sentiasa berada dimana saja, mengambil upah atau menjual poskad Tanah Lot.

Mereka sentiasa mengikut kemana saja kita pergi, memujuk, merayu, menganggu, nak elak senang saja, buat macam orang kaya Jakarta :) ala macam dalam Senetron tu..:)

Masjid Agung Tabanan, Bali


Masjid Agung Tabanan terletak di Jalan Kamboja, Tabanan dimana sebuah daerah yang menpunyai ramai penduduk beragama Islam.Bancian pada tahun 2005, ada 13, 197 umat iislam disini berbanding umat Hindu 388, 780. Penduduk Islam paling ramai tertumpu di sekitar DenPasar.
  
 Persikataran yang sentiasa bersih dan dijaga oleh para Ta'mir Masjid.

Terdapat binaan berupa kolam hasil seni anak kariah.


Wak Supar merupakan Ta'mir di Masjid Agung Tabanan ini. Terperanjat besar beliau bila ditunjukkan gambar beliau dah siap, yelah Digital Photo, sampai kesudah beliau macam bingung :)

Saf dan ruang solat di tingkat bawah.

Ruang solat yang luas dan mampu menampung penduduk dan anak kariah sekitar Tabanan.