Thursday, April 12, 2012

Mendaki Gunung Kinabalu 2012




Impian dah lama, kali ini nak bawak puteri kesayangan mendaki bersama, tiket flight dah pun booked, 10 hari di KK, 6 hari di Nexus dan Karambunai Resort dan selebihnya di Poring atau Kinabalu Park. Penginapan di Laban Rata telah pun dibooked. Terima kasih daun keladi pada rakan rakan HAM di Ranau, Kundasang, Tuaran, Kota Kinabalu dan Nabalu.
Sesi training dah pun bermula, latihan renang 2KM tiap minggu, larian di Reebok Treadmill 2 jam tiap hari dengan level incline stage 10.
Lepas ini latihan mendaki bermula di Bukit Gasing, Bukit Broga, Bukit Tabur, Gunung Tok Wan, Gunung Datuk, Gunung Nuang, Gunung Ledang, Gunung Jerai dan Gunung Bromo di Surabaya. 

Keperluan dah pun diorder dari US, lebih murah jika dibandingkan dengan harga di Kuala Lumpur atau Singapore.
Kasut Hiking Merrell yang masih elok walaupun tersimpan lama di rak :) 


2 biji Yaesu VX-8R akan dibawa naik untuk komunikasi dengan rakan rakan di Sabah dan Labuan. Percubaan untuk TX ke Tawau dengan mengunakan VHF frekuensi untuk satu projek dua hala VHF antara Tawau dan Keningau. APRS ada di Sabah ? Kena setup Digipeater nie :) Adakah FGPS-2 GPS antenna akan berfungsi dengan baik ?


Kamera Sony NEX-5N ini dibeli pada 03.Feb.2012 untuk trip ke Bali tapi nak guna tak berapa tahu haha, tapi masih sempat untuk hadir ke course basic dan advance di Sony Centre. Kawan yang suruh beli tapi dia pula tak ajar camane nak guna, fuh nak kena sekeh mamat nie :)

Petzl Tactikka
Brand yang ada nama tapi bukanlah yang terbaik, sedikit mahal berbanding dengan fungsi.



Energizer 7 led headlight adalah pilihan terbaik sepadan dengan harga, berbaloi cuma tidak menepati military standard, jadi tak boleh untuk buat bisnes dengan pihak ATM :)


Friday, April 06, 2012

Masjid Masjid di Pulau Bali

Pada rakan rakan yang cintakan Masjid dan pada yang bertanya lokasi masjid, di Pulau Bali terdapat 39 buah Masjid, lokasi seperti berikut
DenPasar ada 7 buah Masjid
Kuta ada 9 buah Masjid
Nusa Dua ada 6 buah Masjid
Tabanan ada 3 buah Masjid
Buleleng ada 6 buah Masjid
Gianyar, Jembrana dan Sanur, cuma ada sebuah Masjid setiap daerah.
Singaraja ada 3 buah termasuk Masjid Kuno Singaraja dimana kitab suci Al Quran tulisan tangan dijumpai.

Pada yang bertanya dimana Hardrock Cafe :) walaupun hanya 200M dari Hotel yang saya selalu menginap, saya tak pernah pun jejak kaki, jadi saya tak ada sebarang maklumat.

Saya mengambil masa 7 hari siang malam untuk membuat Mapping Masjid Masjid di Pulau Bali, kiranya POI yang pertama dan tidak pernah dibuat oleh sesiapapun, jika tersasar pun hanyalah sekitar 50M sebab, terdapat Masjid di Pulau Bali, terletak dibelakang atau dicelah celah deretan rumah penduduk, signal dari Satelit kadang kadang tidak begitu kuat walaupun saya mengunakan 2 unit siri GPS terbaru..   

Masjid Agung Ibnu Batutah, Nusa Dua
S8 48 06.2 E115 12 28.8

Masjid Agung Sudirman, DenPasar
S8 40 01.4 E115 13 11.0

Masjid Agung, Tabanan
S8 32 27.0 E115 07 28.6

Masjid Al Amin, Tuban
S8 44 16.7 E115 10 40.4

Masjid Al Fattah, Jimbaran
S8 47 07.6 E115 11 16.4

Masjid Al Himah, Jembrana
S8 22 20.9 E114 40 52.0

Masjid Al Ihsaan, Sanur
S8 40 30.5 E115 15 39.1

Masjid Al Ikhlas, Kuta
S8 44 26.4 E115 09 53.7

Masjid Al Rahmat, DenPasar 
S8 42 53.3 E115 10 53.4

Masjid Al-Mujahidin, Kuta
S8 43 34.3 E115 10 33.9

Masjid Asasut Taqwa, Kuta
S8 44 40.2 E115 10 53.6

Masjid Assyuhada, Pulau Serangan
S8 43 32.5 E115 14 06.5

Masjid At-Taqwa, Polda
S8 38 55.7 E115 13 34.0

Masjid At-Taqwa, DenPasar
S8 37 55.0 E115 15 14.0

Masjid Baiturrohmah, SANUR
S8 38 41.3 E115 12 47.1

Masjid Baitut Taubah, Kuta
S8 44 40.0 E115 10 08.1

Masjid Besar Al-Hidayah, Bedugul
S8 16 40.6 E115 09 55.3

Masjid Al Falah, Buleleng
S8 04 32.9 E115 12 38.6

Masjid Darussalam, DenPasar
S8 37 36.3 E115 12 03.0

Masjid Ibnu Batutah, Nusa Dua
S8 42 45.2 E115 13 41.1

Masjid Komplek Patra, Ngurah Rai
S8 44 16.5 E115 09 46.0

Masjid An-Nur, DenPasar
S8 42 49.1 E115 13 20.0

Masjid Minhajul Athfal, Kuta
S8 44 18.9 E115 10 14.4

Masjid Misykatul Huda, Tabanan
S8 30 30.5 E115 04 40.8

Masjid Nur Hasanah, Kuta
S8 44 07.2 E115 10 12.1

Masjid Nurul Huda, Kuta
S8 32 07.5 E115 24 29.3

Masjid Raya Ukhuwah, DenPasar
S8 39 31.0 E115 12 48.7

Musholla Al Hidayah, Nusa Dua
S8 49 22.6 E115 10 55.4

Map : nagivasi.map v2.15NT Indonesian Map
GPS : Garmin
Datum : WGS 84
Grid : Lat/Lon hddd*mm'ss.s"

Tuesday, April 03, 2012

Kos Ke Pulau Bali Part 1

Makanan, minuman dan lain lain, Pulau Bali sedikit mahal berbanding dengan Bandung, Surabaya, Medan, Palembang. Harga makanan halal di Bali lebih kurang sama di Jakarta. Klu dibandingkan dengan Malaysia terutama harga makanan di bandar utama seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Kota Kinabalu dan Johor Bharu, harga makanan di Bali masih murah. Dan lebih murah dikawasan Kintamani, Buleleng, Candikuning dan Tabanan.

Kos anggaran :
Flight, terpulang pada kemampuan anda, jika nak murah, Airasia lah, biasanya jika ada promosi, tambang dari LCCT ke Ngurah Rai sekitar RM125 one way, malah ada kawan ke sana hanya RM135 return termasuk airport tax. Saya biasanya flight dari Changi Airport, sebab flight dari Changi sekitar jam 11:00 atau 12:00 tengahari, so sampai di Bali kul 15:00 terus check in hotel di Kuta.
 
Pukul 1600, kereta sewa dihantar ke Hotel di Kuta, then saya terus drive ke Jimbaran untuk dinner seafood sambil tengok sunset dan layan basking, ya basking di Pantai Jimbaran antara muzik jalanan terbaik pernah saya jumpa. 

Ramai yang tanya anggaran untuk 5 hari 4 malam, senang citer, bawak 3 juta Ruppiah atau RM1020 dah lebih dari cukup dan dah level jutawan :) jika anda pergi 4 orang misalnya, dah terlebih mewah. Klu nak lagi best, sewa je kereta, anda drive sendiri, drive di Pulau Bali cukup best dan sangat mencabar, bukan saja ada 2 ways, 4 ways malah 7-8 ways pun ada. Nak accident, sangat jarang berlaku sebab kita tak boleh speed langsung, motor dan kereta penuh sana sini.

Orang kata jika anda mampu drive di Pulau Bali, dimana saja di dunia, anda boleh memandu, macet sana sini terutama hari cuti, tapi bila tengah malam, jalan terus lenggang, klu nak tidur atas jalan pun boleh

Cuma untuk drive di Indonesia, anda perlu PMA atau Permit Memandu Antarabangsa, permit ini boleh dimohon di mana mana JPJ Negeri dengan bayaran RM150 untuk setahun. Bawa salinan IC, Kad Pengenalan, Gambar, isi borang, dalam masa 5 minit, siap !. PMA ini boleh digunakan dimana saja negara termasuk Jerusalem :)
Tapi bukan semua syarikat sewa kereta tanpa Supir di Bali perlu PMA untuk sewa kereta, tanpa PMA pun boleh, tak ada masalah, hubungi je kawan saya, nama dia, I Nyoman, semua bisa :) baca posting bulan lepas.
( jangan pulak bagi salam, dia nie umat hindu, Bali )

BBM satu liter bersamaan RP4500.
 
Nak sewa speda atau motosikal kapcai pun boleh, hanya RM15 sehari, pusing satu Bali sampai lengoh atas bawah :) Mat Salleh biasanya sewa motosikal, tak pernah nampak pun mereka sewa kereta, Kadar sewa kereta tanpa supir di semua bandar atau pekan di Indonesia ialah sekitar RM50-70 sehari atau 24 jam untuk kereta jenis Daihatsu Xenia, klu Alphard, RM150 sehari 

Di Pulau Bali, hotel yang berpatutan dan selesa ialah Tune Hotel, Kuta atau anda boleh cuba Hotel Ohana, juga terletak di Kuta. Tuan punya Hotel Ohana, Madam Hana ini baik orangnya, Cina Jakarta. Beliau tinggal di US dan On and Off dari US, Jakarta dan Bali. Untuk breakfast, jika ada tetamu umat islam, minta saja apa menu kita nak, semuanya beres.
 
Rate satu malam Tune Hotel Kuta ialah RM30 saja, klu 5 malam cuma RM150, klu share dengan kawan, seorang cuma RM75 je cuma tak ada air-con le, kipas saja, ok la sekali sekala dapat hirup udara segar dari Pantai Kuta.
Setiap bilik di Tune Hotel ada air-con, boleh add-on, ada rate 12 atau 24 jam, macam prepaid le.
Kos untuk makan dan minum di Bali selama 5 hari sekitar RM100 je, tu pun dah mewah, Nak pergi ke Pantai Kuta, klu berjalan sekitar 8-10 minit, klu berlari, tatau la pulak, tak pernah terai pun.

Klu anda sanggup naik bemo atau bus di Bali, dengan RM30, anda boleh pusing satu Pulau Bali.

Ada juga hotel di Bali mendapat sijil halal compliance dari MUI, Indonesia seperti Diwangkara Holiday Villa, The Grand Santhi Hotel, Vina Holiday dan Aston Hotel di Denpasar. Akan tetapi saya tak berani nak syor sebab, jika anda di Kuala Lumpur, ada restoran bertanda halal dari Jakim, semua pekerja terdiri dari orang cina dan india, adakah anda selera nak makan. Bab makan ini saya cukup teliti, worst come to worst, saya makan roti je..settle. Tu sebab saya boleh tinggal lama di Kyoto dan Osaka, saya tak kisah sangat, asal halal, saya makan walaupun roti kosong.

  1.  
Terlupa pulak, rate di Hotel Ohana ialah USD50 semalam, termasuk breakfast, saya selesa di Hotel Ohana sebab parking senang selain, kedai dobi, pusat refleksologi kaki hanya 50M di depan Hotel dan Masjid Al Muhajiddin hanya 200M.

Monday, April 02, 2012

Kos Ke Pulau Bali Part 2

Jika anda tak nak sewa kereta pandu sendiri, saya syorkan anda sewa kereta dengan supir tapi sebolehnya jangan amik package yang dioffer oleh pelbagai agensi, orang persorangan, broker, syarikat sewa kereta malah di hotel pun, ada kaki dan tangan yang tukang cari package.
Bila anda jejak kaki je ke Pulau Bali, bermula di Airport Ngurah Rai, kiri kanan laluan keluar, penuh dengan para perayu.

Kenapa saya tak galakkan sebab jika anda amik package, harga biasa ialah RP450,000 hingga RP700,000 dikenakan untuk masa selama 10-12 jam, servis termasuk bayaran Pak Supir serta BBM ( petrol le ). Dan semua laluan, dimana nak melawat, dimana nak berhenti, dimana nak makan, dimana nak shopping semuanya telah dijadualkan, yang tak bestnya ada Pak Supir tanak pergi ketempat yang dah diplan dengan alasan jalan jammed, ada upacara keugamaan umat hindu. Sebenarnya jalan jammed dan upacara keugamaan, perkara biasa dan hari hari di Pulau Bali. 


Sebaiknya sewa kereta dengan Supir persendirian, anda cuma perlu bayar RP340,000 untuk 10-12 jam termasuk BBM, beritahu saja nak pergi mana, no hal, Pak Supir nie akan bawa, cuma anda kena sediakan wang RP2000 atau RM0.60 untuk bayaran parking dan belanja Pak Supir makan, ala klu Pak Supir lebih lebih, sekeh je :) sekadar ingatan, adat Pak Supir, dia tak akan order lebih mahal dari apa yang kita order.
Kawan baik saya, abang Ali seorang supir beragama islam di Bali paling senang dan mudah berurusan, bayaran juga sangat berpatutan, dengan sehari RP340K atau RM120, anda dibawa kesana kesini selama 10-12 jam. Mudah, kita tentukan dimana nak pergi, abang Ali akan bawa. Klu dengan package trip, dibawanya kita ke hutan yang ada monyet, hah monyet dimana mana pun ada, serius ! saya tak pernah pun teringin nak tengok Baro atau Barung Dance, kurang minat sebab saya tak tau apa specialnya.

Finally, jika ada masa pergilah ke Pulau Bali sekali seumur hidup, lihatlah dunia ini dicipta Allah s.w.t dengan penuh keinsafan diri dan tawaduk.