Saturday, June 23, 2012

Memancing ke Port Dickson, June 23 2012


Cadangnya nak bertolak ke Port Dickson lepas Solat Subuh, tapi sampai Masjid Abdul Rahman, Ustaz Johari Abdul Wahab Al-hafez pun sampai, maknakata ada kuliah Subuh le,..alhamduli'l-Lah. Majlis ilmu nie wajib kecuali klu kita bermusafir, tapi aku baru nak bermusafir, jadi kena utamakan majlis limu, lagipun isi isi dan kupasan hadis dari Ustaz Johari Abdul Wahab sangat menarik untuk menjadi halwa teliga.

Kali ini kami bawa set pancing aksi light, walaupun light, reel Penn Z Series nie dah berusia 22 tahun dan Ryobi nie pulak, made in Japan, mana nak dapat sekarang nie, serius no for sale walaupun puas kawan kawan memujuk..very sori..:) hobi memancing nie dikongsi bersama anak lelaki, akan ku wariskan segala Multiplier dan Spinner Penn Reel, Abu Garcia Multipiler, Penn Power Stick dan custom rod, jenama G.Loomis. 

Tapi jenama reel dan rod yang terbaik bukanlah jaminan ikan juga terbaik, semuanya adalah ketentuan dan rezeki dari Nya, maka sebab tulah, sama ada balik tangan kosong atau kumpau bukanlah sesuatu yang hendak dibincang dan jangan sekali kali bertanya kenapa dan mengapa " ikan tak ada dalam tong coleman dan rubbermaid " silap haribulan dapat kuliah free. 

Friday, June 15, 2012

Kerajaan PR di Selangor

Seorang rakan pernah bertanya apa untung orang Selangor atau lebih tepat, apa untungnya duduk di Selangor dibawah kerajaan PR.
Aku terdiam sambil tersenyum, "klu hang nak tau, hangpa tukaq la, cuba hangpa terai PR pulak " jawapan aku sambil mengusik kawan nie, seorang usahawan yang telah berjaya.

" Bro, kami orang Selangor bijak pandai, malah educated saja yang sesuai duk di Selangor nie " haha aku saja mengusik rakan baik nie, walaupun fahaman UMNO tegar tapi dia tak kisah walaupun kena hentam kiri dan kanan, bagi dia, yang penting, jangan miss soru :)..rakan ini warga UMNO tapi pangkah PR..
Sebenarnya syok jumpa rakan lama nie, banyak topik untuk diajak bersembang walaupun saya jarang berbual kecuali ada hal penting.

Kepada soalan rakan tadi, sebenarnya sejak Selangor diperintah oleh kerajaan PR banyak yang kami dapat terutama urusan di Masjid Masjid, semua AJK serta Nazir terdiri dari mereka yang selalu nampak berjemaah dan terdiri dari ahli PAS. Jika sebelum nie, Nazir hanya datang bila solat Jumaat dan sangat jarang berjemaah.
Di kawasan saya, ada 5 buah Masjid dan 8 Surau, tiap hari mesti ada kuliah, tazkirah sama ada Subuh, Zohor ataupun waktu Maghrib. Dalam seminggu ada kuliah khusus, Fiqh, Tauhid, Taksir, Talaqi, B.Arab, Sirah, Aqidah..
Dua minggu lepas, saya berada di Muar selama 3 hari, 3 hari juga tanpa ada kuliah atau tazkirah, saya pergi ke 3 masjid di sekitar bandar Muar, semuanya sama, lepas solat, masing masing terus gi ngombe :)