Friday, July 06, 2012

Mecandat Sutung Julai 06, 2012 Terengganu


Projek mencandat agak terlewat tahun nie, dah dekat nak puasa, semuanya berjalan lancar, chalet yang luas, lengkap, bot yang besar, kelas C lagi, makan minum tersedia, bulan pun penuh cuma angin agak kuat, laut kuat beralun dan akhirnya ana dan Muhammad Aiman, anak lelaki ana tumbang mabuk laut, tidur terlentang hihihi..kiranya hari ini dalam sejarah mecandat la, koman spana sungguh ana nie..

Bot Kelas C nie memang besar dan lengkap serba serbi, ada Chef, ada pembantu tekong, GPS, Sounder, CB Radio dan AC Generator 24 jam..



Sampai di Jeti, mabuk pun hilang, tapi geng geng GanuKite dah terima ana macam ana orang GanuKite, bukan senang nak kamcing ngan GanuKite yang terkenal dengan gedebenya. Dorang suruh ana amiklah berapa banyak nak ambik sutun, tapi ana cuma ambil 3 ekor je, tu pun dah lebih dari cukup.



3 ekor sutun pun dah banyak sebenarnya, ala terlupa pulak, lagu mana nak siang, ish sejak duk pi mencandat, dorang tolong siangkan.




Dapur di Bank Negara Resort, Batu Buruk Terengganu semuanya lengkap, yang tak lengkap cuma ana je, lagu mana nak masak ? Nak goreng bagi garing camane ye ? 



Susah susah ana bagi gi Restoran la, tutup buku, dorang cuma amik upah masak goreng tepung dan bakar, RM9.00 je, fuh murah giler, tapi yang untung, ana belajar tengok, cara cara siang sutun besar heee, ana dah tau rahsia goreng sutun jadi keras dan garing, must try nanti :)




Anak gadis ana sabar je menanti hidangan, yelah ana order extra ikan Siakap masak 3 rasa serta sayur, sup dan lain lain.




Akhirnya sutun yang dicandat kawan kawan ana dari Dungun, Kemaman, Kertih, Paka siap digoreng tepung, sutun fresh !




Sutun bakar siap sambal ala ala Terengganu, sedap gak, cuma ana kurang makan sebab dah kenyang, tadi dah perkena keropok lekor di Losong :)