Friday, November 30, 2012

SABAH - River Lodge Resort Poring

Setelah 2 hari di Kundasang, agenda diteruskan untuk menginap di River Lodge Poring. Sampai di pekan Ranau, terfikir untuk terus Sungai Tagal untuk merasa Fish SPA. Namun Sungai Tagal pula banjir, ditutup sehingga air surut. Sebaiknya telepon mereka dulu.

Agak kecewa namun durian dari dusun sekitar Kampung Luanti Baru sedia menanti untuk dijamah. 
Sementara menunggu air bah Sungai Tagal surut, perkiraan kami, mungkin air bah akan surut maka kami melawat ke Ladang Tea Nabalu yang berdekatan. Setelah 2 jam kami kembali meninjau keadaan air di Sungai Tagal, air masih keruh. 

Ramai yang kecewa terutama yang datang dari Kota Kinabalu dengan menaiki van pelancong. Sekiranya masih ingin menginap dipekan sekitar, resort ada di Poring 19.4km atau terus ke Pekan Ranau sejauh 18.8km.
Jalan menuju Poring Hot Spring

Sampai di Poring, kelihatan signboard bunga Raflesia. Bayaran masuk RM20 untuk sebuah kereta, kenderaan tidak boleh sampai ke kawasan bunga, hanya parking ditepi jalan tanah merah dan harus berjalan hampir 500m di dalam semak samun. Memang tidak berbaloi pakej ini.

Cantik kan bunga Raflesia, mana ada orang tanam bunga nie ! 

Selepas beli barang keperluan, check in di River Lodge Poring. Teruja kami disini. tiada WIFI, 4G atau internet, inilah kemuncak percutian namanya. Di Poring ini hanya sebuah kedai makanan islam milik seorang Kadazan Dusun, ditutup pada jam 1800, maka harus bersedia dengan bekalan yang secukupnya.

Kali ini benar benar rasa tenang untuk bercuti. Buah Tarap dan Pisang Emas yang dibeli di gerai sekitar Poring menjadi alas perut. 

 Tidak perlu untuk mandi air panas di kolam sekitar Poring, air panas dari Poring dialirkan ke resort, nak beremban lama mana, siang dan malam tak siapa yang tengok.

Duduk di balcony resort sambil menghirup kopi Tenom, deruan air dari sungai berdekatan cukup menyenangkan. AlHamduliLLaah

 Buah tarap dikerjakan anak anak tidak sampai 30 minit, species Pirahna juga nie. sebijik buah tarap dijual RM4.00 sahaja.

Cantik dan kemas tersusun, 80% bahan resort ini dibina dari kayu jati dan cengal. Kami sangat teruja, penginapan satu malam RM750++ amat berbaloi walaupun tanpa WIFI, tanpa breakfast, tanpa welcome drink. Kami pasti kembali ke Poring, inshaa Allah.

Wednesday, November 28, 2012

SABAH - Kinabalu Pine Resort

Dari Kota Kinabalu Airport terus ke Kundasang, check in Kinabalu Pine Resort. Laluan ke Kundasang melalui Tamparuli berliku liku, bas bas express yang menuju ke Tawau memecut laju. Ntah le camane rasa penumpang, boleh tidor ke perjalanan yang hampir 12-13 jam. 


Pit stop di Pekan Nabalu, macam macam di beli, macam le dah tak ada kedai di Kundasang. Apa pun harga disini tetap murah, peniaga di Pekan Nabalu ini tidak mengambil kesempatan terhadap pelancong.

Banyak gerai gerai menjual buah buahan di tepi jalan di Pekan Kundasang. Jam 1800, langit mulai gelap, cuaca terasa sejuk dan berkabus, para jemaah di Masjid Kundasang termasuk tok imam memakai jaket tebal. Mengambil wuduk di Masjid Kundasang sangat mencabar, air dari pili seperti ais batu. 

Cuaca di Kundasang sejuk walaupun waktu tengahari, tambah pula hujan renyai renyai, aktiviti luar amat terhad.

Permandangan di sekitar Kundasang memang menarik terutama Gunung Kinabalu namun kabus tebal dan hujan renyai renyai menutupi pandangan.