Saturday, January 19, 2013

Cuti Cuti Malaysia - Fraser's Hill


Serius, dah merata tempat saya berjalan, tak pernah sampai pun ke Fraser's Hill. Ntah tiba tiba terus je jadi..


Atas puncak memang sejuk berbanding Genting Highland, mungkin sebab tak ada kasino kut.


Tak ada shopping zone, kedai runcit cuma ada 2 saja, jadi lain kali kena bawa bekalan ler..


Saya tatau pasal bunga, ntah apa nama bunga nie tapi saya suka sebab cantik.. 


Budak kecik nie pantang tengok pokok dan bunga, boleh termenung panjang..


Nie kumbang Tanduk, besar dan keras, klu jumpa geng, mesti kumbang nie lawan tanduk tanduk..


Laluan sehala untuk turun dan naik, pastikan minyak isi full, kat sini tak ada station minyak, klu minyak habis, kena gi beli di Kuala Kubu Bharu sejauh 38.5KM


Bila dilepas, kumbang tanduk nie tamao terbang, yelah mana ada sayap nak terbang..kami akan kembali lagi ke sini, best, tadak WIFI, tak ada shopping, tak ada SPR :)

Monday, January 07, 2013

Bandung Airport Tax


Seperti biasa, sebelum naik flight atau boarding, kena settle duluair port tax, di Bandara Husein Sastranegara atau airport Bandung, tiap seorang kena bayar RP75,000 untuk pelancung dari Malaysia atau lain lain negara. Rakyat Indonesia pun kena bayar tapi murah la sket yakni RP25,000 sahaja.
Di Indonesia cuma 3 airport sahaja yang taxnya sedikit mahal yakni RP150,000. Ngurai Rai di Bali, Juanda di Surabaya dan Soekarno Hatta di Jakarta. Khabarnya Bandara baru Bandung akan siap hujung tahun nie, terletak di Cirebon, 3 jam perjalanan ke Bandung, fuh boleh tahan dekat :)

Friday, January 04, 2013

Pasar Baru Bandung


Pasar Baru, lokasi paling popular bagi warga Malaysia bershopping, penuh bag ditangan, bapak supir akan hantar ke mobil,  pastu shopping lagi, lagi dan lagi. 

Sekadar mengingati kepada mereka yang baru pertama kali atau dah berkali kali pun kena juga, penyeluk saku ramai di sini, pastikan pak supir ada berdekatan, mereka tak berani sekiranya ada warga local bersama kita. 

Nak makan di tingkat atas, pastikan beli di kaunter dan tanya terus harganya, di Indonesia, mark up atau menipu harga adalah perkara biasa. Jika rasa kesian pada pendagang, suruh saja pak supir tolong belikan, jika kita beli, harga air mineral terus jadi RP7000 padahal harga sebenar hanyalah RP2000. Klu shopping disini, tawarlah sehingga 60-70%, saya klu ke sini cuma cari baju koko jenama Ramli saja.

Jangan sekali kali makan di gerai ini, terutama bila pak supir tidak bersama, mereka akan sembelih para pelanggan.

Masalah di Bandung, tipu menipu perkara biasa, halal haram dah tidak peduli, berbanding dengan Bali, walaupun 93% penduduk Bali adalah beragama Hindu, jarang sangat jumpa pelancung di tipu, menurut rakan rakan di Bali, " buat hal dengan pelancung, bermakna, mati " mungkin sebab itulah Bali sentiasa penuh dengan pelancung dari pelbagai negara.


Peringatan dari pihak pengurusan Pasar Baru, dah banyak sangat orang duk komplen..



BANDUNG - Kawah Putih


Kawah putih terletak 84km selatan dari bandar Bandung, untuk sampai ke kawah putih, pengunjung akan melalui pekan pekan kecil seperti Kopo, Desa Sekawangi, Soreang, Leuwigajah, Ciwidey, Longsor dan Pago. Kebiasaanya, perjalanan ke Kawah Putih dari Bandung ialah 3 jam, jika Macet di pekan Kopo atau Soreang, tambah lagi jam tu


Ada 2 pilihan untuk naik ke kawah putih, sama ada menguna kenderaan sendiri atau cara shuttle. 


Di Kawah Putih, bau belerang sedikit kuat terutama bila hujan turun, bagi yang tidak tahan pening, tidak perlu tunggu lama lama, 5 minit sudah cukup, bawalah mask. Di kawah putih tidak ada pedagang seperti di Tangkuban Parahu, bebas bergerak tanpa ganguan.


Tidak tahu apakah nama alat muzik ini, tapi yang pastinya bukan gitar. Bapak ini sentiasa ada disini memetik irama irama yang sangat asyik 


Riwayat Kawah Putih


Tidak ada pedagang yang berdagang maka tiada sebarang gangguan.  
Nota : Jika datang sendirian, jangan sekali kali guna khidmat ojek jika hendak naik ke Kawah Putih dari pekan Pago, bayarannya RP100,000 biasanya pelancung yang hendak berjimat terus kena sembelih.

BANDUNG - Makan Batagor


Batagor makanan yang saya suka bila ke Bandung. Batagor paling sedap khabarnya dijual di Kopo, pekan kecil di selatan Bandung. Di pekan Kopo, terletaknya Terminal Leuwi Panjang yang merupakan terminal keluar dan masuk ke Bandung atau main station.


Makan Batagor semasa masih panas dengan sos kacangnya yang pekat. Pilihlah Batagor yang dijual di kiosk sekitar FOS atau rumah MODE. Jika masih berselera dan tidak kisah bab  kebersihan, makan sajalah dimana mana sebab Batagor ini banyak dijual di tepi jalan termasuk oleh pedagang pedagang jalanan.

BANDUNG - Resto Sapu Lidi


Resto Sapu Lidi ini terletak di daerah Lembang, tak jauh dari Resto Kampung Daun yang popular bagi warga Malaysia yang berkunjung ke Bandung. Istimewa disini ialah suasana menjamu selera di sawah bendang.


Jika ke sini, kami akan beli brownies, berbanding brownies di Kartika Sari atau Amanda, saya lebih suka brownies Sapu Lidi. Biasanya kami akan borong 40 biji brownies untuk di bawa balik ke Kuala Lumpur, sebagai ole ole buat keluarga, rakan rakan, jemaah, ustaz ustaz dan jiran jiran. 



Ole ole dari Bandung pastinya Brownies Sapu Lidi dan kacang salut Cibaduyut, pasti kawan kawan tersenyum enak !

Thursday, January 03, 2013

BANDUNG - Paris Van Jawa


Paris Van Java atau PVJ adalah lokasi atau lokasi shopping bagi warga Indonesia yang kaya. Di Bandung selain PVJ, warga Indonesia yang kaya ini juga membeli belah dirumah MODE serta Bali Heaven. Rata rata mereka datang dari Jakarta terutama pada cuti hujung minggu.


Saya suka melihat idea pemilik kiosk ini, setiap barang diletakkan note ruppiah, jadi tak payah nak tanya berapa harga, yang buta huruf pun boleh tahu..bijak..:)

BANDUNG - Masjid Junudurahmah



Masjid Junudurahmah ini terletak di jalan Sumbawa, hanya 150M dari Kem Kodiklat AD, TNI Bandung. Jarak dari Resto Nasi Padang Simpang Raya, jalan Veteran kira kira 838M. 

Di Masjid ini, minuman panas disediakan gratis, bagus idea ini. 

BANDUNG - Resto Kampung Daun



Resto Kampung Daun ini umpama syarat wajib bagi warga Malaysia yang berkunjung ke Bandung, saya tak berapa pasti kenapa tapi rata rata orang Malaysia ramai disini, secara peribadi kami lebih suka ke Resto Sapu Lidi.Di sini, kadang letih menunggu


Untuk order makanan, terus order sekaligus, jangan makan, pastu nak tambah order, sampai terlelap pun, belum tentu yang order kemudian akan sampai. Namun jika nak cari lokasi borak borak sambil baring baring, disinilah lokasi paling sesuai, nak ajak rakan rakan dari ORARI Bandung Tango Tango pun bagus.


Makanan disini ada macam macam menu, ada style Jawa, Sunda, Madura dan Lombok.


BANDUNG - FOS dan Rumah MODE


FOS lokasi popular warga Malaysia bershopping. Di sekitar Dago saja, ada FOS Grande, Eternity, Bandung Plaza. Dago ini terletak di jalan Haji Juanda, coordinate S6 53.460 E107 36.812
FOS Bundle di jalan R.E Martaninata dan FOS kanak kanak di Jalan Progo. 
Lokasi tidak jauh dari Resto Giggle Box Cafe, atau didepan Hotel Amaris.


Rumah MODE, bunyinya Mo De, terletak di jalan Setiabudi. Di depan rumah MODE, ialah hotel Asmila Boutique. Resto Ikan Bakar Sulawesi hanya 100M dari rumah MODE ini. 

Wednesday, January 02, 2013

BANDUNG - Pemilu Kada


Awal Jan 2013, di sekitar Bandung, penuh dengan poster, banner dan bunting artis senior Deddy Mizwar untuk bertanding wakil Gabenur Jawa Barat. Saya mula meminati Deddy Mizwar melalui filem Naga Bonar yang ditayangkan sekitar 1980an, secara peribadi saya amat meminati lakonan Deddy Mizwar terutama membawa watak kiai atau ustaz.

BANDUNG - Nasi Ampera



Resto nasi ampera menghidangkan menu masakan Sunda. Sangat popular dikalangan warga Sunda di Bandung. Resto ampera ini mula dibuka sekitar tahun 70an dan kini ada lebih 50 cawangan di seluruh Indonesia. Di sekitar Bandung, ada lebih kurang 30 cawangan warung atau resto ampera.


Jika ke warung Ampera ini pastikan Pak Supir ikut serta sebab bahasa dituturkan dialet Sunda, pada kebiasaannya Pak Supir tak akan makan bersama pelanggan, mereka menunggu di dalam mobil ataupun disekitar restoran, ini budaya Pak Supir di Indonesia.


Masakan Sunda, tak ada kuah, kering kontang, mintalah sup panas @ gratis.

Hidangan akan disertakan air teh serta ulam ulam segar bersama sambal belacan yang sangat sedap.

BANDUNG - Tangkuban Parahu

Tangkuban Parahu adalah lokasi wisata popular di Bandung selain Kawah Putih. Terletak di utara Bandung pada ketinggian EVA1700m. Jika musim hujan, kena sediakan mask dan baju hujan, jika tiada, bolehlah beli dari ratusan pendagang yang sentiasa ikut kemana saja kita pergi. Harga sehelai baju hujan nipis atau pakai buang ialah RP25,000


Disini pedagang sangat aktif, namun budaya ini biasa di Bandung terutama jika pelancung dari Malaysia, mereka tahu orang Malaysia pemurah dan tidak lokek membeli. Namun jika kita mula membeli, lagi ramai mereka datang, jadi pandai pandai bersilat, petua dari saya, buat la gaya orang kaya Jakarta.


Di sini ada dijual kayu yang diambil dari pokok di sekitar Lembang, Masya-Allah, selepas kulit kayu ini di kopek, terlihat satu ukiran corak pada kayu tersebut..ukiran ini terhasil asal dari pokok ini, maha suci Allah.


Cenderamata yang dipamirkan bukan diukir tapi asal dari dahan dahan dan ranting pokok Lembang, Bandung.

Sekitar Januari 2013, Tangkuban Parahu ditutup sementara waktu untuk kajian para Geologist selepas kawah Ratu menunjuk tanda tanda kawah kembali aktif. Kawah kawah seperti kawah Domas, kawah Upas, masih aktif.

BANDUNG - Senapang Angin


Bagi yang suka senapang, di Bandung seperti bandar bandar lain di Indonesia, senapang angin handmade banyak dijual di tepi tepi jalan, harga sekitar RP300,000 saja, klu lebih dari tu, ketuk saja kepala penjual tu. 

Bagaimana nak bawa balik ke Malaysia, itu sendiri fikirlah, saya pun tak tahu.

BANDUNG - Angkutan


Angkutan atau mini van, industri angkutan di Bandung di monopoli oleh suku Batak. Dalam suku ini ada yang beragama Islam dan kristian. Jadi berhati hati jika hendak makan di kedai makan yang kita tak pasti milik siapa, jangan sekali kali masuk ke kedai " lapoo ". Kedai ini tidak halal bagi warga islam dan ada minuman seperti tuak disediakan untuk para supir angkutan. Saya jarang nampak warga Malaysia yang berani mengunakan angkutan. Banyak kes seluk saku semasa mengunakan angkutan.

BANDUNG - Nenas Manis


Nenas antara buah yang saya suka makan bila ke Bandung, manis lemak dan segar, tak pasti pula nenas ini jenis apa atau baka dari mana, jika di Malaysia biasanya nenas jenis Mauritius, Sarawak dan Gandol. Harga untuk sebiji nenas di Bandung ialah RP20,000, pastikan pak supir yang tolong belikan, klu kita tanya, harganya akan jadi RP30,000 hingga RP40,000. Mark up harga adalah budaya biasa di Bandung serta kebanyakkan bandar di Indonesia kecuali Bali dan Banda Aceh.

BANDUNG - Supir di Bandung


Ramai kawan kawan bertanya, jika ingin ke Bandung, siapa supir yang super? Bagi saya sekeluarga inilah Pak Supir Sunda yang terbaik pernah saya temui dan kenali, Pak Iman Darmawan, orangnya pun beriman sesuai ngan nama, Iman. 

Kadar bayaran sehari termasuk BBM ( petrol ) parking, bayar polis cepek ( jaga lalu lintas ), bayar tol, serba serbi hanyalah RP500,000, tiada sebarang overtime, tiada bayaran tambahan, tiada had masa, selagi kita mampu dan larat berjalan, nak bershopping sampai terduduk pun, Pak Iman akan bawa kemana saja, kecuali jika hendak ke Kawah Putih, kena tambah RP75,000 sebab sangat jauh, 3-4 jam perjalanan, 86km.


Masih saya ingat, jam 0900 Pak Iman bawa kami terus ke Tangkuban, singgah sebentar di Sapu Lidi, balik dari Tangkuban, kerumah Sosis, terus ke Bali Heaven, kemudian ke Rabbani Kerudung, kemudian terus ke PVJ (Paris Van Java), kemudian ke FOS, terus ke Cibaduyut serta dinner di Ampera, rasanya tidak ada Pak Supir yang sanggup melayan kerenah kami kecuali Pak Iman. Jam 11:45 malam baru sampai hotel :)

Yang paling saya suka, Pak Iman pandai layan dan jaga anak anak, 4-5 jam pun tak ada sebarang masalah, kita boleh shopping tanpa risau pasal anak anak. 


Supir yang disediakan oleh pihak hotel, kadar standard untuk 12 jam ialah RP650,000 hingga RP850,000 tidak termasuk overtime. Saya tidak selesa bila Pak Supir dari hotel sudah tetapkan dimana nak makan, menu apa, shopping dimana, berapa lama boleh shopping. 

Jadi dengan Supir persendirian seperti Pak Iman, semuanya mudah, call saja suruh dia tunggu di Bandara atau ambil di hotel. Kita hanya beritahu, hendak ke mana, nak shopping dimana, nak makan apa, semuanya beres.

Ada hotel tidak menyedia transport dari hotel ke Bandara. Jika minta disediakan, bayaran sehala ialah sekitar RP150,000 - RP180,000. 

Bila hari untuk berangkat pulang ke Malaysia, minta je Pak Iman hantarkan ke Bandara, berilah sedikit bayaran dan jika masih ada baki baki uang ruppiah, bagi je sedikit tip pada dia, sedekahlah untuk anak anak dia, istiqomah dalam bersedekah, rezeki pasti datang melimpah limpah, insha Allah 


Saya perhatikan Pak Iman sangat suka bersedekah walaupun saya tahu, beliau pun bukan orang senang.


Pak Iman Darmawan, no telepon 006282127088629 @ WhatsApp +628889418399 atau email ke 
dserila@gmail.com
https://www.facebook.com/darmawan.iman.3



Pak Iman, orang Sunda juga merangkap bodyguard, tukang tawar harga, tukang jaga barang, tukang angkut barang, tukang jaga anak anak, pedagang jalanan pun tak berani kacau kacau dan paksa kita beli.


Pak Iman bersama adek iparnya Pak Irfan juga seorang Supir yang sangat dikenali ramai pelancung dari Malaysia, Singapore dan Brunei. 

BANDUNG - Rumah Sosis


Bagi warga Bandung, makanan yang popular kini ialah rumah Sosis atau Restoran Sosej bunyi macam pelik, sosej pun makanan popular.  



Industri F&B di Indonesia sangat meriah seperti mana industri lain, dengan 240 juta penduduk, bermacam idea kreatif mereka, dari pakaian fesyen, makanan, semuanya ada, termasuk projek Jet Pejuang KF-X.


Polis cerpek sedang riki , sapa dah bayar dan belum bayar atau ada meja kosong atau ada meja tak kosong kosong.( selalunya student universitas sekitar Bandung )

Kalau perut tengah lapar, tak payah singgah di Resto Sosis terutama hari minggu, jenuh menunggu, meja penuh.



Menu Resto Sosis, biasa saja cuma specialnya ada sosej dalam setiap hidangan tapi memang sedap 


Antara menu kegemaran saya


Budak nie suka sangat dengan sup sosej, memang marbelous


Menu ala Itali pun ada

Polis cerpek sentiasa ada dimana mana di Indonesia, menjaga lalu lintas, siang dan malam, panas atau hujan, semuanya mencari sesuap nasi.