Friday, January 04, 2013

Pasar Baru Bandung


Pasar Baru, lokasi paling popular bagi warga Malaysia bershopping, penuh bag ditangan, bapak supir akan hantar ke mobil,  pastu shopping lagi, lagi dan lagi. 

Sekadar mengingati kepada mereka yang baru pertama kali atau dah berkali kali pun kena juga, penyeluk saku ramai di sini, pastikan pak supir ada berdekatan, mereka tak berani sekiranya ada warga local bersama kita. 

Nak makan di tingkat atas, pastikan beli di kaunter dan tanya terus harganya, di Indonesia, mark up atau menipu harga adalah perkara biasa. Jika rasa kesian pada pendagang, suruh saja pak supir tolong belikan, jika kita beli, harga air mineral terus jadi RP7000 padahal harga sebenar hanyalah RP2000. Klu shopping disini, tawarlah sehingga 60-70%, saya klu ke sini cuma cari baju koko jenama Ramli saja.

Jangan sekali kali makan di gerai ini, terutama bila pak supir tidak bersama, mereka akan sembelih para pelanggan.

Masalah di Bandung, tipu menipu perkara biasa, halal haram dah tidak peduli, berbanding dengan Bali, walaupun 93% penduduk Bali adalah beragama Hindu, jarang sangat jumpa pelancung di tipu, menurut rakan rakan di Bali, " buat hal dengan pelancung, bermakna, mati " mungkin sebab itulah Bali sentiasa penuh dengan pelancung dari pelbagai negara.


Peringatan dari pihak pengurusan Pasar Baru, dah banyak sangat orang duk komplen..



No comments:

Post a Comment