Saturday, May 25, 2013

ACEH - Masjid Rahmatullah





Ombak Tsunami telah menghanyutkan semuanya kecuali Masjid Rahmatullah ini.
Subhan'Allah

Jika berpeluang melawat Banda Aceh, ziarahlah Masjid Rahmatullah di Kecamatan Lhoknga. Masjid ini tidak jauh dari Pantai Lampuuk. Dari Banda Aceh ke Pantai Lampuuk ialah 17.6km. Tambang becak kesana ialah sekitar RP50,000. Perjalanan pergi dan balik 2 jam. 

Masjid Rahmatullah sedang dicat serta sedang dibaik pulih kecuali tiang dan dinding yang sedikit rosak kesan dari ombak Tsunami.


Kesan dari ombak Tsunami dibiarkan kekal untuk menjadi bukti betapa kuatnya ombak Tsunami. Begitupun Tsunami tidak mampu untuk menghancurkan rumah Allah s.w.t ini tanpa keizinan Nya.

Sayu, Zulkarnen menceritakan detik Tsunami melanda Pantai Lampuuk. Beliau ketika itu sedang baring di pondok depan gerai miliknya. Secara tiba tiba tanah beralun, air laut hilang sejauh 5km , sesaat kemudian muncul ombak yang sangat besar menuju ke Pantai Lampuuk, beliau berlari sekuat hati mengambil skuter, memecut pulang kerumah mengambil ibu, terus lari naik ke gunung. Hanya 400 orang penduduk Pantai Lampuuk yang selamat, 5000 menjadi korban Tsunami.

Sangat sedih, Zulkarnen menunjuk koleksi gambar gambar selepas Tsunami, beliau hilang segala galanya kecuali nyawa. Rakan rakan dan jiran tetangga menjadi korban, kedai dan rumahnya musnah sama sekali. Bertahun lamanya untuk beliau pulih dan bersemangat meneruskan sisa sisa kehidupan. Beliau kini meneruskan perniagaan gerai makanan dan minuman di Pantai Lampuuk. 

  
Air kelapa segar dari gerai Zulkarnen sentiasa menjadi kegemaran saya. Hanya RP8000. Pantai Lampuuk ini lokasi yang menarik untuk bersantai. Meilhat ombak ombak putih mengulung ganas. Sesuai dengan hukum Syariah di Aceh, tiada pakaian yang menjolok mata seperti bikini di benarkan disini, sejuk mata memandang.

Zulkarnen didepan gerai miliknya. Ikan bakar juga ada, hanya dengan RP60,000 untuk seekor siakap segar, murahkan !

Saya periksa, ikan di Gerai Zulkarnen masih fresh, sangat sedap apatah lagi makan di tepi Pantai Lampuuk, fully recomended

Pantai Lampuuk cantik dan bersih, angin juga sangat kuat, ombak bergulung, hati hati jika ingin mandi di sini, sesuai bagi mereka yang suka surfing.


Di Banda Aceh, becak adalah pengangkutan yang utama.
Khabarnya ada 4000 buah  becak di Banda Aceh, 2000 darinya adalah becak haram.
8/10 tukang becak di Banda Aceh adalah jujur, kecuali ada 2-3 tukang becak yang sedikit nakal.
Tukang becak yang saya sewa sehari suntuk, dari kiri Herman dan kanan Pak Jenal. Herman pernah bekerja sebagai buruh kontrak di Putrajaya. Mak saudara beliau tinggal di Batu 8 Puchong, Selangor. Fasih berbahasa Melayu dan mahir selok belok Banda Aceh. Untuk hubungi beliau di talian 006282161700603

Nota : Guna becak yang berdaftar sahaja. Untuk menguna becak di banda aceh pastikan,
 Tukang becak tidak buta huruf dan tahu lokasi nak dituju. 
Ada tukang becak yang tidak pernah ke Pantai Lumpuuk malah nak pergi ke rumah makan pun gagal. 
Masalah bahasa juga perlu di beri perhatian terutama tukang becak yang tua.
 Kadar tambang becak ialah RP3000 setiap kilometer. Sebelum naik becak, tanyakan dulu harganya, pasti selamat  Insha Allah

No comments:

Post a Comment