Saturday, May 25, 2013

ACEH Muzium Tsunami

Muzium Tsunami, lokasi harus di lawati, kebiasaanya 2 jam diperlukan. Cuma pastikan tarikh dan masa yang betul. Ditutup pada hari Isnin atau tanggal merah.

Jadual untuk rujukan. Ramai pelancong dari Malaysia dan Indonesia kecewa kerana tidak dapat masuk.

Beg tidak boleh dibawa masuk, simpan dikaunter, gratis atau boleh sumbang ikhlas pada penjaga beg. 

Masuk saja ke Muzium, ada monitor disedia pada blok Spray tile, tapi monitor agak suram.

Nama nama ribuan korban pada bulatan dinding, dianggarkan seramai 170,000. Semoga mereka ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman.

Permandang dibahagian atas, semoga kita sentiasa diberikan hidayah dan taufik.

Laluan di Muzium ini berpusing pusing namun bukan untuk memeningkan pengunjung.

Model Muzium Tsunami.

Senarai negara negara yang membantu Aceh semasa Tsunami, Malaysia antara negara terawal. Saya bersama rakan rakan menyumbang pelbagai peralatan komunikasi HF, VHF dan UHF termasuk PS system, Antenna. 

Pasukan Malaysia terdiri dari pelbagai pihak berterusan membantu Aceh sejak Tsunami 2004 hingga sekarang. Ramai warga Aceh sudah berjaya dalam perniagaan kedai runcit dan pasar borong.

Gambaran tingginya ombak Tsunami seperti yang diceritakan oleh Zulkarnen di Pantai Lumbuuk.

Tayangan video Tsunami selama 8 minit sudah cukup memberikan peringatan namun rombongan warga indonesia dari Medan ini seperti tidak terkesan.  
Simulator richter ini telah rosak, menurut petugas muzium, program simulator ini telah dihantar untuk dibaiki, tidak dapat dipastikan bila akan siap. Simulator ini akan bergonyang seperti berlakunya gempa bumi. ( Model warga Indon dalam gambar ini tidak dikenali dan tiba tiba muncul tanpa diminta ) 

Ruang Souvenir, ada pelbagai makanan dalam bungkusan. Harga disini sama saja di kedai kedai lain sekitar Banda Aceh. 

Di GF floor Muzium ini terdapat ruang untuk berehat. Angin dari Selatan Aceh cukup berangin untuk menyejukkan badan. Sambil berehat, bolehlah menjamah makanan ringan. 

Nota - Jika hendak ke rumoh Aceh, jaraknya hanya 350m dari Muzium, jalan kaki saja. Jangan amik becak di pintu hadapan Muzium. Tukang becak ini gemar menipu pelancong. Tambang ke Rumoh Aceh hanya RP3000 tapi mereka kenakan RP30,000.

Jika hendak guna becak, becak seperti semut di Banda Aceh, lintas seberang jalan dan tunggu, tak sampai 1 minit ada becak datang, tanya dulu harganya sebelum naik. Selamat.

No comments:

Post a Comment