Monday, May 27, 2013

ACEH - Nanggroe Aceh Darussalam


NAD atau Nanggroe Aceh Darussalam adalah pilihan untuk mereka yang suka melihat alam semasa melancong. Saya punya rancangan untuk menghantar anak anak belajar di Pesantren Aceh, maka NAD akan dijadikan lokasi tetap buat saya sekeluarga.

Sejam menunggu, supir tidak muncul, tidak seperti supir supir di Bali, Bandung, Surabaya atau Medan. Supir di Banda Aceh harus berdisplin, industri pelancungan masih baru di NAD.

Bandara Sultan Iskandar Muda ini telah diubahsuai selepas Tsunami pada 2004, landasan BTJ kini boleh menerima pendaratan Boeng 747-400. 

Bandara yang cantik dan bersih tapi sedih, ramai porter yang sangat aktif disini. Masing masing bersama troli menunggu sampai di depan baggage convenyer untuk mengambil bagasi penumpang.

Andainya kita tersekat di kaunter Imigresen, selamatkah bagasi kita ? Jika berkumpulan, paling cepat untuk melepasi imigresen ialah 30 minit. Jangan ada yang tinggal sehelai sepinggang nanti atau terisi barang larangan.

Di Bandara lain, porter biasa berkeliaran di sekitar Bandara. Tapi di BTJ, mereka sangat bebas. Mungkin suatu hari mereka akan masuk sampai ke cabin ! harap harap jangan sampai mereka jadi supir dalam cockpit pulak. Khabarnya, mereka ini bukan penduduk Aceh tetapi pendatang dari Medan. 


Jumaat, semua jenis perniagaan mesti ditutup mulai jam 1200 hingga pukul 1400, tak kira peniaga Islam atau bukan, semua perkhidmatan bas dan becak tidak boleh beroperasi ketika ini kecuali kenderaan dari Bandara. Hotel hotel juga tidak menerima tetamu termasuk juga kedai kedai makan.

No comments:

Post a Comment