Sunday, August 11, 2013

THAILAND Ikan Bakar Satun

Eidul Fitri 2013, saya ikut trip keluarga ke Satun Thailand. Lawatan untuk merasa ikan bakar "fresh" atau lebih tepat, ikan yang belum diletakkan ais batu, udang lipan yang masih hidup, ketam laut yang baru dinaikkan, masih hidup serta sangat agresif menyepit.

Dah merata rata kami makan ikan bakar, pertama kali dalam hidup, rezeki dari Allah S.W.T, ikan segar tapi segar dalam erti kata sebenarnya.
alhamduli'l-Lah, syukur ya Allah..
Menunya sangat mudah, bakar dan rebus, tak ada menu 3 rasa, stim atau sambal. Insha Allah, kami pasti akan ke sana lagi.

 Menuju ke Satun, Thailand melalui Wang Kelian, Perlis. Perjalanan ke Satun dengan 4 buah kenderaan 4x4 memakan masa hampir 40 minit.

Wang Kelian, sempadan Perlis dengan Thailand 

Sampai di Satun, naik bot ke Teluk Puju, lokasi seafood segar 

Cho Let adalah pengangkutan seperti becak di kampung Puju ini. Sekali naik, tambang dikenakan adalah 10 baht atau RM1.00

Bot laju yang berulang alik dari Jeti Satun ke Kampung Puju. Tambang sehala ialah 30 baht.

Cho Let akan membawa penumpang dari serata kampung Puju ke Jeti atau mana mana tempat yang diminta.

Haji Umar adalah Iman di Masjid Kampung Puju. Kami menjadi tetamu Haji Umar sebagai waris kami di Satun.

Kerapu bara, senangin dan merah masih segar ketika kami sampai. Tersedia untuk dibakar, barulah saya tahu, ada rahsia dan petua semasa membakar ikan laut agar rasanya sedap. Orang Thailand memang pakar dalam bab memasak.

Ketam Bunga ini masih hidup, galak menyepit sekira disentuh, tak ada langsung bau hanyir atau diletak ketulan ais. Ketam ini biasanya dihantar ke Bangkok melalui Hatyai.

Udang lipan yang digoreng garing sangatlah sedap, pertama kali saya makan udang lipan yang isi masih padat dan segar. Selama ini tiap kali membeli udang lipan, isinya hampir tiada atau nipis, rupanya ada petua dan rahsia, yakni udang lipan jika sudah dinaikkan, mesti cepat dimasak atau dibakar, jika dibiarkan lama, isinya akan cair.  

Menu yang tersangat simple tapi dengan mudah untuk menewaskan mana mana restoran ikan bakar di Malaysia dalam kategori rasa dan fresh. 

Udang lipan padat berisi hanya direbus tanpa garam, marvelous

Ketam segar ini direbus tanpa garam, tidak pernah saya jumpa mana mana restoran di Malaysia yang boleh masak sesimple ini tapi rasa yang sangat enak.   

Hanya sebuah masjid yang ada di kampung Puju ini yang penduduknya, semuanya Islam. Masjid ini dibina atas sumbangan dana kewangan dari saudara mara dari negeri Perlis.  

Kedudukan Masjid saya save kan ke Garmin GPS untuk di letak dalam peta garmin asia. 

Mimbar Masjid yang direka menurut sunnah, Nabi S.A.W yang mulia. 

Di sebelah bukit ini ialah negeri Perlis atau sempadan Malaysia - Thailand. 

Anak anak saudara sempat bersiar siar di Kampung Puju dengan menaiki Cho Let.

Pemandu Cho Let ini hanya berusia 11 tahun, masih bersekolah tapi sudah mula berdikari membantu keluarganya.



5 comments:


  1. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.



    ReplyDelete
  2. Wa`alaikumussalaam

    Saya benarkan iklan saudara disini namun saya tidak bertanggung jawab terhadap servis yang saudara usahakan. Saya tidak pernah mengambil apa apa upah atau sebarang komisen dari mana mana supir atau travel agen yang saya promosikan.

    ReplyDelete
  3. Salam blh bg gos koordinate kampung puju

    ReplyDelete
  4. Salam blh bg gos koordinate kampung puju

    ReplyDelete
  5. Wsalam maaf baru sedar ada msg. N6° 32.265' E100° 03.854'

    ReplyDelete